Global

UMK TUAN RUMAH CABARAN INOVASI SWISS ASEAN 2021/22

KOTA BHARU 20 September I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dipilih sebagai tuan rumah Swiss Innovation Challenge Asean (SICA 2021) yang berlangsung pada Julai 2021 dan berakhir pada Januari 2022.
Program yang julung kalinya diadakan di negara ini merupakan pertandingan inovasi bersepadu untuk merealisasikan idea perniagaan inovatif dari negara-negara Asean.

Pengarah Projek SICA 2021/22, Dr. P.Yukthamarani Permarupan berkata, UMK melalui Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) menjadi rakan strategik untuk bekerjasama dengan University of Applied Sciences and Arts Northwestern Switzerland (FHNW), Universiti DRB-HICOM (DHU), Putra Business School (PBS) dan Management and Science University (MSU) serta Swiss Malaysia Chamber of Commerce (SMCC) bagi menjayakan cabaran inovasi Swiss ini.

Beliau berkata, sebanyak 70 kumpulan yang terdiri daripada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pelajar institusi pengajian tinggi dari seluruh negara Asean akan menyertai cabaran SICA 2021/22.

“SIC yang diketuai oleh University of Applied Sciences and Arts Northwestern Switzerland (FHNW) turut mendapat sokongan penuh daripada Kerajaan Switzerland.

“Sehingga kini, SIC telah pun dipertandingkan di serata dunia termasuk di Indonesia, Vietnam, Thailand, China dan Malaysia.

“Cabaran ini juga akan membantu usahawan baharu dan bakal usahawan dalam perniagaan berasaskan inovasi dan pembangunan komersial,”katanya.

Menurut P.Yukthamarani, SICA 2021/22 adalah sebuah program tahunan yang berprestij dan dijangka berlangsung sehingga Mei 2022 dimana objektif utama adalah untuk menggalakkan pemikiran inovatif, idea dan pembangunan produk daripada masyarakat dan pelajar.

Katanya, cabaran pertandingan ini juga untuk pelaksanaan kajian potensi keusahawanan antarabangsa dan penulisan kajian kes pembangunan inovasi keusahawanan di Malaysia.

“Selain itu, pertandingan ini juga untuk mengenal pasti produk yang inovatif dan berpotensi untuk dikomersialkan sama ada di dalam atau luar negara.

“Sebanyak tiga kategori dipertandingkan pada SICA 2021/2022 iaitu Terbuka SIC, SIC Start Up dan SIC Youth yang bertujuan untuk membangunkan budaya inovasi di kalangan masyarakat dan pelajar di sesebuah negara,”katanya.

Sementara itu, peserta yang menyertai cabaran ini akan mendapat bimbingan oleh jurulatih profesional dan berpengalaman untuk memanfaatkan idea dan pelan cadangan perniagaan.

Menurut Dr.P.Yukthamarani, setiap peserta juga disediakan dengan sesi latihan khas dan jurulatih profesional dari Switzerland.

“Idea inovasi dan konsep bakal menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM15,000, RM8,000 dan RM6,000 mengikut kategori yang dipertandingkan.

Juara daripada kategori Terbuka SIC berpeluang membentangkan pelan perniagaan terbaik mereka di SIC International 2022 yang akan berlangsung di Switzerland.

Untuk mendapat maklumat lanjut dan proses pendaftaran sila lawati umk.edu.my/site/index dan tarikh tutup Program Cabaran Inovasi Swiss pada 30 Oktober 2021.

Web Traffic

2.png8.png2.png7.png9.png9.png
Today78
Yesterday340
This week1150
This month4647
Total282799

Who Is Online

2
Online

2024-04-18

Search