COVID-19

COVID-19

UMK BERJAYA SERAH SET PERALATAN PPE KEPADA BULAN SABIT MERAH...

UMK BERJAYA SERAH SET PERALATAN PPE KEPADA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA KELANTAN UNTUK KEPERLUAN BARISAN HADAPAN

BACHOK 30 Mac I Setelah bertungku lumus sejak beberapa hari yang lalu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini berjaya menyerahkan set Peralatan Perlindungan Diri (PPE) berupa PPE Suit (100 unit) dan 3D Face Shield Visor (157 unit) serta cecair pembasmi kuman (10 unit) kepada Bulan Sabit Merah Malaysia Kelantan (BSMM).

ppeMajlis penyerahan PPE tersebut yang diberi nama UMK Cares Covid-19 Kit telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan), YM Tengku Kaya Perkasa, Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal selaku Penasihat BSMM Kelantan, di Bengkel Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan (FTKW), UMK Bachok, Kelantan, pada 30 Mac 2020.

Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Azizi, sesi penyerahan set lengkap PPE ini adalah khusus untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) di sekitar Negeri Kelantan untuk menangani penularan wabak COVID-19.

Beliau berkata, pihak UMK telah mengambil inisiatif dengan menyumbang kepakaran untuk menyediakan set lengkap PPE iaitu di antara produk inovasi yang terdapat di dalam UMK Cares COVID-19 Kit untuk keperluan barisan hadapan
dalam usaha bersama melandaikan jangkitan COVID-19.

“Saya lihat ini adalah sebagai satu sumbangan ikhlas yang dilaksanakan oleh UMK untuk bersama-sama membantu semua pihak termasuk pelbagai agensi di Kelantan seperti petugas hospital, pegawai polis dan sebagainya.

“Sehingga kini sejumlah 300 unit PPE Suit dan 200 unit 3D Face Shield Visor telah diserahkan dan telah diedarkan kepada pihak hospital. Kita berharap dapat menghasilkan lebih banyak lagi UMK Cares COVID-19 Kit untuk kegunaan barisan hadapan kita menerusi sumbangan dana dari pelbagai agensi dan orang ramai dalam tempoh terdekat ini,” katanya pada Majlis Penyerahan UMK Cares COVID-19 kepada BSMM.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Dekan FTKW selaku Ketua Projek PPE Suit, Dr. Hanisa Hassan, Yang Dipertua BSMM Dr. Zurairie Dyeela, Ketua Projek 3D Face, Dr. Tan Tse Guan,
Shield dan En Amirul Firdaus Zilah (Maker@UMK Library).

Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi turut merakamkan penghargaan kepada BSSM dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang banyak membantu dari aspek penyaluran dana serta peruntukan untuk membekalkan bahan-bahan asas.

“Pihak BSSM juga menyediakan doktor pakar untuk membantu para sukarelawan menyelaras penghasilan set lengkap PPE mengikut kriteria dan spesifikasi oleh KKM.

“Kerjasama Ini menunjukkan bahawa perlunya kita bersama-sama untuk bersedia dan membantu barisan hadapan yang terjejas akibat ancaman wabak COVID-19 terutamanya petugas kesihatan,” katanya lagi.

Pembuatan set ini telah bermula beberapa hari yang lalu dan menakjubkan kerana penghasilannya berjaya disiapkan seperti yang dirancang berkat komitmen semua.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

ppe3

Web Traffic

0.png6.png1.png2.png9.png
Today149
Yesterday177
This week1323
This month1908
Total6129

Who Is Online

1
Online

2021-04-11

Search