COVID-19

COVID-19

400 PELAJAR ASNAF UMK TERIMA PERUNTUKAN BANTUAN KHAS...

400 PELAJAR ASNAF UMK TERIMA PERUNTUKAN BANTUAN KHAS SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

PENGKALAN CHEPA 2 APRIL I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerusi Pusat Islam Universiti memperuntukkan bantuan khas sebanyak RM40,000 untuk diagihkan kepada 400 pelajar dari golongan asnaf yang berada di kampus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). RM3,000 untuk 6 pelajar antarabangsa yang sedang menjalani latihan industri dan RM6000 untuk pembiayaan bekalan makanan.

Majlis penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dan Pengarah Pusat Islam, Prof. Madya Dr. Azhar Muhammad.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi berkata, UMK memperuntukan bantuan khas berjumlah RM500 berupa Bantuan Sara Diri kepada 6 pelajar UMK yang sedang menjalani Latihan Industri di luar negara (Thailand, Singapura dan Indonesia) ketika tempoh PKP ini berkuatkuasa sebagai memberi sokongan kepada mereka.

Katanya, turut menerima bantuan ialah 1,000 pelajar yang berada di kampus menerusi Bantuan Makanan Sokongan yang bertujuan meringankan beban mereka.

“Pengagihan wang bantuan berjumlah RM49,000.00 itu mula dibuat oleh pihak UMK bermula 31 Mac 2020 lagi dan ianya diteruskan sehingga sesi PKP ini berakhir,” katanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Khas Kepada Pelajar UMK Sepanjang Tempoh PKP, di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 31 Mac 2020.

Sementara itu, Pusat Islam Universiti ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua staf UMK yang telah menyumbang pada Dana Zakat Wa'ad dan Dana Infak.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

infak1

infak4

infak3

Web Traffic

2.png7.png7.png6.png2.png5.png
Today239
Yesterday403
This week1618
This month8516
Total277625

Who Is Online

1
Online

2024-03-29

Search