COVID-19

COVID-19

PELAJAR UMK MANFAATKAN PKP UNTUK MENYUMBANG KEPADA MASYARAKAT

PELAJAR UMK MANFAATKAN PKP UNTUK MENYUMBANG KEPADA MASYARAKAT

KOTA BHARU 31 Mac I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah memulakan inisiatif awal dengan membantu kerja-kerja membuat UMK Care Face Shield Visor oleh sukarelawan pelajar yang berada di kampus kerana tidak pulang ke kampung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata, ekoran daripada
peningkatan jumlah kes Covid-19 pihak HEPA telah memulakan usaha awal untuk menghasilkan face shield visor dengan bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Bulan Sabit Merah Malaysia Kelantan (BSMMK).

Katanya, usaha ini serba sedikit dapat membantu menampung bilangan PPE yang semakin berkurangan khususnya di Negeri Kelantan bagi kegunaan barisan hadapan di hospital-hospital yang terlibat dengan pencegahan wabak COVID-19.

“Dengan insiatif ini juga dapat mengisi ruang masa mereka semasa berada di kampus kerana tidak ada kuliah dan secara tidak langsung dapat meningkatkan rasa tanggungjawab membantu kerajaan mencegah wabak ini.

“Aktiviti ini dibuat secara sukarela oleh 30 pelajar secara percuma dengan sokongan oleh BSMM selaku agensi yg membekalkan bahan mentah dan teknik mengajar tatacara pembuatan face shield visor,” katanya.

Tambah Prof. Ts. Dr. Zaliman, pihak kami menjangkakan dapat menghasilkan 500 unit face shield visor untuk pengeluaran pertama dan pengahasilannya bergantung kepada keperluan pihak pengguna dan ketersediaan bahan asas.

“Alhamdulillah, walaupun tanpa pengalaman kami berjaya menghasilkan beberapa model face shield visor setanding dengan produk di pasaran.

“Pelajar juga teruja dan seronok walaupun kepenatan selepas bertungkus lumus menyiapkannya dan rata-ratanya sangat gembira dapat menyumbang bakti sambil mengisi masa lapang di atas tanggungjawab semangat jati diri yang sayangkan negara,” katanya.

Oleh : Pusat Komunikasi Korporat

pkp

pkp2

pkp3

pkp4

Web Traffic

2.png7.png7.png6.png9.png9.png
Today313
Yesterday403
This week1692
This month8590
Total277699

Who Is Online

1
Online

2024-03-29

Search