COVID-19

COVID-19

PENGORBANAN PETUGAS BARISAN HADAPAN NILAINYA LEBIH BESAR...

PENGORBANAN PETUGAS BARISAN HADAPAN NILAINYA LEBIH BESAR DARI LUKISAN DIGITAL INI – HARIS ABADI

 
Dunia sedang berhadapan dengan ancaman pandemik Covid-19.  Sehingga kini belum ditemui penawar yang betul-betul berkesan untuk menyekat penularan wabak ini. Saban hari kes kematian dilaporkan terus berlaku.  Barisan hadapan seperti Pasukan  Perubatan, Pasukan Keselamatan (Polis, Tentera dan    Pengawas Keselamatan peringkat organisasi) Hal Ehwal Pelajar institusi pendidikan awam dan swasta melupakan kepentingan diri sendiri dan mengenepikan  keutamaan untuk bersama keluarga, bertugas dengan penuh dedikasi.
 
Terharu dan kagum dengan semangat luar biasa ini, mereka yang berbakat dalam seni lukisan, catan mahupun penulisan tampil dengan pelbagai rekaan poster dan bait bait kata yang membakar semangat dalam menzahirkan ucapan terima kasih sebagai tanda sanjungan dan penghargaan kepada pasukan barisan hadapan ini.
 
PENSYARAH Seni Halus, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), En. Haris Abadi Abdul Rahim adalah salah seorang dari mereka yang berbakat istimewa.  Haris Abadi
terharu apabila karya lukisan digital ‘Tugu Peringatan Covid -19’ ciptaannya menjadi tular di media sosial dan mendapat pelbagai ciapan dari umum. 
 
Foto lukisan yang dikongsi di laman sosial miliknya bertarikh 25 Mac 2020 itu menyatakan “Selamat pagi. Cukup seminggu kuarantin. Terima kasih kepada para hero barisan hadapan negara yang bergadai nyawa! #salute #frontliners #covid19 #stayhome”, mula tular dan turut dikongsi oleh pelbagai pihak termasuk anakanda Yang di-Pertuan Agong, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
 
Haris Abadi menyimpulkan bahawa nilai positif  dan kemanusiaan juga dapat jadi ‘viral’ seperti virus dimana lukisan ini simbolik kepada harapan besar rakyat Malaysia. 
 
Katanya, perkongsian di Facebook sahaja berjaya dikongsi sebanyak 2.5 ribu tidak termasuk instagram dan twitter.
 
“Saya gembira kerana akhirnya mesej ini sampai juga ke pihak frontliners dan mereka hargai sokongan ini,” katanya. 
 
Menurut Haris Abadi,  ilham untuk menghasilkan karya ini tercetus dari refleksi saya mengenai petugas di barisan hadapan  (frontliners) yang berkorban masa dan tenaga demi negara semata-mata untuk mengekang wabak virus Covid -19.
 
Katanya, karya itu berfokuskan kepada frasa ‘pengorbanan’ dimana menggunakan tugu negara sebagai simbol.
 
“Saya mula buat lakaran manual dalam kira-kira dalam 10 minit dan disunting secara digital dalam 40 minit di studio kecil di rumah. 
 
“Lukisan seni  saya itu mencerminkan masa dan situasi semasa ia dihasilkan dan dalam konteks  asal adalah untuk menyumbang dari rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini memberi  harapan dan semangat pada masyarakat, terutamanya para barisan hadapan yang tengah berjuang,” katanya yang merupakan tenaga pengajar untuk subjek  Seni Halus di FTKW termasuk  kelas lukisan, catan dan arca.
 
Selepas tular dan mendapat liputan meluas, Haris Abadi  merasakan sumbangan kecilnya itu dilihat tidak sepadan dengan pengorbanan yang dicurahkan oleh petugas di Barisan Hadapan. 
 
“Apalah sangat jasa saya berbanding nilai pengorbanan barisan hadapan yang meninggalkan keluarga demi negara.
 
"Ramai menghubungi saya untuk berkongsi di sosial media masing-masing  termasuk pihak Agrobank yang menjadikan karya ini sebagai  muka depan di laman instagram mereka. Dan,  terbaru sekali Public Health Malaysia menggunakan karya ini sebagai profil gambar untuk laman rasmi Facebook dengan tagline #kita wajib menang.
 
“Ini membuatkan saya rasa terharu dan bersemangat apabila 
mesej dalam karya saya ini sampai dan menembusi masyarakat. Dan itu tujuan awal lukisan ini dihasilkan menggunakan medium digital yang senang dipindah dan dikongsi ramai,” katanya yang kini sedang  melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (Phd)  di Universiti Sains Malaysia (USM).
 
Mengulas perancangan terkini beliau,  Haris Abadi dapat merumuskan bahawa mesej bersimbolkan tugu negara ini lebih mudah relatif dengan semangat masyarakat yang patriotik.
 
“Saya telah merancang untuk meluaskan penghargaan ini menerusi Tugu Peringatan Covid-19
Untuk mencetak karya ini dalam bentuk fizikal termasuk cetakan edisi terhad dan tshirt untuk dijual kepada umum dimana keuntungan dari jualan ini akan disalurkan kepada Tabung Frontliner Covid - 19
 
Katanya, proses penyediaan bahan-bahan asas tersebut sudah disediakan dan produk ini akan dijual secara atas talian.
 
“Hasil jualan 100 peratus keuntungan akan disalurkan  ke tabung frontliners. 
 
“Sahabat saya di FTKW juga sedang bersama-sama berganding bahu membantu menjahit dan menghasilkan kelengkapan pelindung diri iaitu suit PPE dan pelindung muka untuk petugas kesihatan dan keselamatan. Jadi, ini sahaja cara untuk saya menyumbang dari jauh dengan kaedah saya sendiri,” katanya.
 
Oleh : Pusat Komunikasi Korporat

IMG 20200408 WA0000

 
IMG 20200408 WA0001

IMG 20200408 WA0003

IMG 20200408 WA0004

 

Web Traffic

7.png7.png3.png8.png9.png
Today32
Yesterday297
This week329
This month4645
Total77389

Who Is Online

2
Online

2022-01-18

Search