COVID-19

COVID-19

UMK HASILKAN ALAT PELINDUNGAN DIRI DAN PELINDUNG MUKA 3D SHIELD...

UMK SUMBANG KEPAKARAN HASILKAN ALAT PELINDUNGAN DIRI DAN PELINDUNG MUKA 3D SHIELD VISOR UNTUK BARISAN HADAPAN COVID-19

BACHOK 26 Mac I Selepas berjaya menghasilkan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) untuk mengekang penularan wabak COVID-19, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sekali lagi mengorak langkah dengan menghasilkan alat pelindung muka jenis 3D (3D Shield Visor) dan Peralatan Perlindungan Diri atau dikenali sebagai Personal Protective Equipment (PPE) bagi projek Personal Protective Equiment (PPE) COVID – 19.

Projek PPE COVID-19 adalah kerjasama UMK melalui Fakulti Teknologi dan Warisan (FTKW), Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), termasuk agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

3d visor5Dekan FTKW, Dr. Hanisa Hassan, yang mengetuai pasukan kerja ini berkata mengulas pelaksanaan projek PPE COVID -19 merupakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) UMK untuk membantu membekal peralatan perlindungan kepada petugas di barisan hadapan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti doktor perubatan, jururawat dan kakitangan, pekerja penjagaan kesihatan dan anggota keselamatan.

“Dijangkakan UMK dapat membekalkan sebanyak 300 set peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan 500 unit Pelindung Muka jenis 3D untuk sokongan perlindungan keselamatan dalam mengekang penularan wabak virus COVID-19.

“Kita jangka dapat siapkan sekurang-kurangnya 300 set PPE dalam tempoh terdekat. Bahan-bahan keperluan ini telah didermakan sendiri oleh MAIK melalui dana yang disalurkan kepada PBSM,” katanya selepas sesi lawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah yang meninjau proses penghasilan Alat Pelindung Muka Jenis 3D dan Peralatan Perlindungan Diri atau dikenali sebagai Personal Protective Equipment (PPE) di Bengkel FTKW, UMK Bachok, Kelantan, pada 26 Mac 2020.

Turut hadir, Pustakawan PPI, En. Amirul Firdaus Zilah.

Menurut Dr. Hanisa, pihak FTKW sentiasa bersedia untuk menawarkan pengetahuan dan kepakaran termasuklah kelengkapan teknologi contohnya mesin yang digunakan dalam program pengkhususan bidang tekstil.

Katanya, walaupun terdapat kekangan untuk membuat persiapan PPE kerana kekurangan tenaga kerja namun dengan 15 sukarelawan staf FTKW sedikit sebanyak dapat membantu menyiapkan projek ini.

"Kami amat gembira dapat terlibat dalam projek PPE COVID -19 dan tidak menjangka ramai yang sukarelawan yang sudi turun untuk membantu walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Walaupun kami tidak dapat menyumbang dari segi perubatan namun kami dapat sumbangkan kepakaran melalui menjahit dan penghasilan produk ini bertujuan untuk membantu Fronltiners dengan menawarkan kepakaran dan pengetahuan yang kami ada,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi Dan Pascasiswazah) FTKW, Ts. Dr. Tan Tse Guan berkata Jabatan Rekabentuk dan Teknologi Kreatif mengambil inisiatif untuk menghasilkan Alat Pelindung Muka Jenis 3D untuk kegunaan menanggani penularan COVID-19.

Katanya, untuk fasa pertama kami sasarkan untuk menyiapkan sebanyak 500 unit dengan bantuan daripada pihak PPI dan peruntukan daripada MAIK.

“Dengan kepakaran dan fasiliti yang ada di FTKW kita dapat membantu proses mengulas Alat Pelindung Muka Jenis 3D ini digunakan untuk pelindung bahagian muka,” katanya.

Manakala Pereka FTKW, En. Muhammad Najibul Muthiie Che Ya'acob berkata konsep rekabentuk produk ini berbeza sedikit dengan produk yang sedia ada di pasaran.

“Kami ada dua jenis Alat Pelindung Muka Jenis 3D dengan menggunakan dua mesin yang berlainan dimana kita akan rekabentuk konsep dan PPI akan hasilkan menggunakan cetakan 3D.

“Proses dengan menggunakan 3D printer mengambil tempoh lebih lama sedikit. Melalui 3D printer, setiap satu unit mengambil masa selama 45 minit berbanding CNC Machine yang proses penghasilannya lebih cepat dan lebih banyak.

“Buat masa kini, kami tetap akan menggunakan dua cara ini iaitu 3D printer dan CNC Machine dalam usaha menyiapkan produk ini dalam tempoh terdekat,” katanya.

Tambah beliau, kelebihan Pelindung Muka Jenis 3D boleh diguna semula berbanding produk di pasaran pakai buang dan produk kami hasilkan ini perlu dicuci dan boleh digunakan semula.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

3d visor2

3d visor3

Web Traffic

2.png8.png2.png9.png0.png4.png
Today183
Yesterday340
This week1255
This month4752
Total282904

Who Is Online

1
Online

2024-04-18

Search