COVID-19

COVID-19

COVID 19: UMK BEKAL MAKANAN PERCUMA KEPADA PELAJAR SEPANJANG PKP

COVID 19: UMK BEKAL MAKANAN PERCUMA KEPADA PELAJAR SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

 
PENGKALAN CHEPA 20 Mac I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengambil inisiatif menyediakan bantuan makanan percuma kepada pelajar yang berada di kolej kediaman yang tidak pulang ke kampung halaman berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia bermula 18 hingga 31 Mac 2020.
 
Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail, berkata, penyediaan makanan percuma sebanyak dua kali sehari dalam tempoh PKP ini telah diagihkan kepada pelajar bermula hari ini.
 
Katanya, terdapat seramai 1,000 pelajar yang masih berada di UMK iaitu 749 pelajar di kolej kediaman UMK Kampus Kota dan 241 pelajar di kolej kediaman UMK Kampus Jeli. 
 
“Penyediaan makanan percuma ini disediakan pada jam 11.00 pagi dan 6.30 petang yang bertujuan menghadkan pergerakan pelajar serta membantu mereka terus kekal berada di dalam kampus,” katanya.
 
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts Dr. Zaliman Sauli dan Timbalan Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Muhammad Annuar Ismail.
 
Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi menyeru kepada seluruh mahasiswa supaya mematuhi arahan dan terus kekal berada di dalam kampus dalam tempoh PKP untuk mengurangkan penularan wabak Covid 19.
 
“Semua pelajar perlu menggunakan ruang  dan masa yang ada untuk  mengulangkaji pelajaran. Saya berharap keputusan peperiksaan pelajar pada semester ini lebih baik pada semester lepas.
 
“Sepanjang tempoh PKP ini pihak UMK juga telah membuka Bilik Gerakan Covid-19 UMK yang beroperasi 24 jam sebagai pusat rujukan pelajar. Sebarang pertanyaan atau bantuan boleh berhubung dengan pegawai yang bertugas,” katanya.
 
Sementara itu, Prof. Ts. Dr. Zaliman berkata,  penyediaan bantuan makanan percuma ini kepada semua pelajar yang masih berada di kampus(kolej kediaman dan rumah sewa).
 
“Bantuan ini bagi meringankan beban dan kesukaran pelajar dalam mendapatkan bekalan makanan bagi tempoh PKP ini.
 
“Inisiatif UMKini bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga UMK terutamanya para pelajar terjamin di mana sahaja mereka berada. 
 
“Ini bagi memastikan pergerakan pelajar terkawal dan mengikut  arahan dan garispanduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari masa ke semasa,” katanya.
 
Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

makanan2

makanan3

 

Web Traffic

2.png8.png5.png5.png1.png3.png
Today64
Yesterday382
This week1764
This month7361
Total285513

Who Is Online

1
Online

2024-04-27

Search