COVID-19

COVID-19

MAHASISWA PATUHILAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN...

MAHASISWA PATUHILAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN UNTUK TANGANI WABAK COVID-19

 
KOTA BHARU 6 April I Mahasiswa perlu sentiasa berdisiplin dan mengamalkan kebersihan serta kesihatan diri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam mengekang penularan wabak Covid – 19.
 
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kelantan, En. Nik Saiful Adli Burhan berkata pematuhan  ini  penting dalam seluruh aktiviti seharian  di mana sahaja termasuklah ketika berada di dalam persekitaran kampus.
 
Beliau percaya menjaga kebersihan dan kesihatan diri perlu diamalkan setiap masa bukannya hanya ketika berlakunya wabak virus Covid-19.
 
“Malah, penjarakkan sosial sekurang-kurangnya satu meter dari orang sekeliling dan mengurangkan aktiviti berkumpul dan berada di tempat sesak amat penting dalam membendung penularan wabak COVID-19,” katanya pada Program Penyampaian Bantuan Khidmat Belia Siswa GPMS di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 6 April 2020.
 
Majlis penyerahan misi Bantuan berupa kit makanan itu disampaikan oleh En. Nik Saiful Adli kepada Naib Canselor UMK, Prof.Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail.
 
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Pendaftar UMK, Pn . Mazula Sabudin. 
 
Menurut En. Nik Saiful Adli, sumbangan bantuan bekalan makanan ini adalah misi kelima yang dilaksanakan oleh GPMS di peringkat nasional kepada penuntut di  Universiti Awam (UA).
 
Katanya, program ini bagi membantu pelajar UMK yang berada di kampus dan pelajar di luar kampus khususnya yang mendiami rumah sewa sepanjang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
 
“Sumbangan ini berupa roti, pek mi segera, sardin dan sebagainya. Kami dimaklumkan seramai 1,000 orang pelajar UMK yang berada di kampus dan luar kampus.
 
"Melalui program itu, dapat membantu para pelajar mendapatkan  bantuan makanan asas kepada mereka untuk meneruskan pengajian sepanjang berada di UMK,” katanya.
 
Mengulas mengenai sumbangan daripada GPMS ini, Prof Dato' Ts. Dr Noor Azizi Ismail menyampaikan rasa terima kasih dan terharu kerana kesudian GPMS bersama UMK menjaga kebajikan para pelajar.
 
"Tidak pula kita menyangka mereka (GPMS) melihat inisiatif UMK, kita tidak mengharapkan apa-apa selain dari sepakat berganding bahu terutama ketika berhadapan krisis kesihatan ketika ini.  Kepada orang ramai yang mahu menyumbang dan menyampaikan keprihatinan, UMK ada menyediakan saluran khas iaitu Tabung Khas COVID -19, UMK.  Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Muamalat 0301-0006484-71-0."
 
Program sumbangan bantuan makanan ini juga  kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta GPMS Kelantan. 
 
Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

patuh2

 

Web Traffic

0.png6.png1.png2.png9.png
Today149
Yesterday177
This week1323
This month1908
Total6129

Who Is Online

1
Online

2021-04-11

Search