COVID-19

COVID-19

COVID: TIGA INOVASI PRODUK UMK CARES KIT DAPAT ANUGERAH GERAN

COVID: TIGA INOVASI PRODUK UMK CARES KIT DAPAT ANUGERAH GERAN

BACHOK 16 April I Bermula dengan hasrat murni bersama Kerajaan membantu mencegah penularan wabak Covid-19 dan terpanggil dengan kekurangan stok di pasaran yang dihadapi oleh Barisan Hadapan Covid-19 Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merasa terharu tiga inovasi produknya berjaya menerima anugerah geran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dibawah Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) sebagai peneraju dan SME CORP sebagai pemberi dana.

Naib Canselor UMK, Prof. Dato' Ts. Dr. Noor Azizi Ismail berkata geran RM150,000 itu adalah untuk produk Faceshield Visor, Personal Protective Equipment Suit dan Intubation Box. Pemberian geran ini menjadikan UMK sebagai universiti awam (UA) pertama terpilih menerima Geran Model Community Enabler (HIP6) MOSTI.

"Covid-19 telah memberi impak besar kepada perubahan keseluruhan kesihatan global yang mendorong UMK terlibat sama dalam pembangunan produk inovasi yang boleh digunakan Barisan Hadapan kita sementelahan pula kami melihat keperluan mendesak untuk produk berkenaan. Meskipun UMK bukanlah sebuah universiti berteraskan teknologi namun kami gemblengkan kepakaran dalaman kami, para pensyarah dan penyelidik kami dengan hasrat usaha kecil kami ini dapat membantu komuniti."

Menurut beliau lagi taskforce yang diketuai oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC) UMK diberi cabaran masa yang singkat untuk merealisasikan pembangunan dan penghasilan UMK Cares Kit. Syarat lain juga ialah ianya mesti dibangunkan sendiri oleh tenaga dalaman UMK. Pengurusan Tertinggi UMK telah meluluskan peruntukan khas untuk membiayai projek ini.

"Berdasarkan teknologi dan kepakaran universiti di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan dibantu juga oleh Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, kami mengembleng tenaga kami agar produk yang mendesak ini dapat dihasilkan segera. Kami berterima kasih kerana Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II sudi menguji dan memberi input dalam pembangunan produk. Begitu juga kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Kelantan."

UMK Cares Kit ini diagihkan secara percuma dan sehingga kini pelbagai pihak berkaitan di negeri Kelantan telah mendapat manafaatnya. UMK mengharapkan pengagihan ini juga dapat dipanjangkan ke negeri Terengganu dan Pahang dalam masa terdekat ini, katanya.

Tambah Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi lagi selain merealisasikan University For Society, Projek UMK Cares Kit juga telah memberi peluang kepada penyelidik UMK untuk menghasilkan produk inovatif yang bukan sahaja diperlukan kerana tuntutan semasa tetapi juga produk yang berkualiti dengan kos pengeluaran yang lebih rendah dari pasaran.

“Alhamdullilah, geran ini bukan matlamat asal inovasi tetapi pastilah anugerah geran ini membakar semangat untuk meneroka inovasi baru kepada penyelidik kami,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 04 17 at 10.59.25 PM 1

WhatsApp Image 2020 04 17 at 10.59.24 PM

Web Traffic

2.png8.png4.png3.png7.png4.png
Today56
Yesterday281
This week625
This month6222
Total284374

Who Is Online

1
Online

2024-04-24

Search