COVID-19

COVID-19

COVID – 19: MOHON BERSABAR LAGI DAN AKUR ARAHAN KKM KEKAL BERADA DI KAMPUS ~ NAIB CANSELOR UMK

COVID – 19: MOHON BERSABAR LAGI DAN AKUR ARAHAN KKM KEKAL BERADA DI KAMPUS ~ NAIB CANSELOR UMK

KOTA BHARU 17 April I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengambil beberapa langkah secara berterusan bagi memastikan kebajikan pelajar di kolej kediaman dan luar kampus terjaga berikutan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi kesihatan serta keselamatan dalam membendung jangkitan wabak COVID-19.

Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail, berkata pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan oleh UMK dan akan diteruskan untuk memastikan kebajikan dan kemudahan pelajar diutamakan selari dengan pelanjutan tempoh PKP fasa 3 sehingga 28 April 2020.

Beliau percaya pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memperhalusi langkah-langkah terbaik untuk menghantar pelajar yang berada di kampus dan kolej kediaman untuk pulang ke rumah masing-masing.

“Saya mohon para pelajar sekalian bersabar lagi dan akur dengan arahan KKM. Kita memang sedar ada pelajar yang memilih untuk kembali kepada keluarga masing-masing. Ibu bapa tidak perlu khuatir mengenai kebajikan anak-anak mereka dalam tempoh PKP ini kerana UMK sentiasa menjaga kebajikan pelajar. Saya berharap keluarga pelajar juga dapat bersabar dan yakin dengan keputusan yang diputuskan oleh pihak kerajaan demi kepentingan semua pihak.

“Berdasarkan kajian oleh KPT mendapati keputusan dari kajian menunjukkan bahawa pelajar yang berada di 20 buah universiti awam memilih untuk pulang ke kampung. Namun pihak KPT bersetuju dengan keputusan kerajaan agar 80,000 mahasiswa di IPTA dan IPTS untuk kekal berada di lokasi masing-masing sepanjang tempoh PKP ini,” katanya pada pertemuan bersama pelajar UMK di Dewan Eksperimen, UMK Kampus Pengkalan Chepa, baru-baru ini.

Program yang berlangsung selama dua jam itu disertai 20 orang pelajar dengan mengutamakan aspek keselamatan dan penjarakkan sosial iaitu susun atur kerusi sejauh satu meter selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, mengambil kira isu pelajar universiti tidak dibenarkan pulang ke kampung masing-masing pihak UMK perlu menunggu arahan yang dikeluarkan oleh pihak KPT dan KKM serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau juga memaklumkan bahawa kutipan Tabung Khas Covid-19, sehingga kini berjaya mengumpul sebanyak RM 200,000.00 manakala kutipan sumbangan wang zakat berjumlah RM 154 000 yang diterima daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan (NGO).

“Hasil kutipan ini bagi menampung keperluan pelajar dan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Selain itu, Tabung Khas Covid-19 ini turut digunakan untuk menampung pembelian keperluan barang asas menghasilkan PPE suit untuk diagihkan kepada petugas di barisan hadapan,” katanya.

Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi mengingatkan pelajar untuk memanafaatkan tempoh PKP ini dengan aktiviti berfaedah seperti mengulangkaji pelajaran dan mengisi masa lapang dengan membaca buku serta menguasai kemahiran Bahasa Inggeris.

Menurut beliau lagi UMK telah membuka aplikasikan platform pembelajaran dalam talian (e-learning) dalam tempoh PKP khususnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara atas talian (online).

Pelajar juga berpeluang berkongsi pengalaman Naib Canselor UMK ketika beliau bergelar mahasiswa dan juga pengalaman pengajian beliau di negara orang.

Pelajar UMK yang masih berada di kolej ketika ini lebih kurang seramai 900 orang.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

Web Traffic

0.png6.png1.png2.png9.png
Today149
Yesterday177
This week1323
This month1908
Total6129

Who Is Online

1
Online

2021-04-11

Search