COVID-19

COVID-19

PELAJAR ANTARABANGSA UMK PILIH UNTUK TIDAK PULANG KE NEGARA MASING-MASING

PELAJAR ANTARABANGSA UMK PILIH UNTUK TIDAK PULANG KE NEGARA MASING-MASING

PENGKALAN CHEPA, 22 APRIL: Dalam suasana tuntutan pelajar tempatan yang menunggu-nunggu peluang untuk kembali kepada keluarga masing-masing, berlainan pula dengan pelajar antarabangsa Universiti Malaysia Kelantan. Mereka memutuskan untuk terus tinggal di sini. Berikutan wabak Covid-19, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa ketiga sejak mula dikuatkuasakan sejak 18 Mac yang lalu. Ekoran PKP ini telah menghalang hampir seramai 80,000 pelajar di pelbagai universiti awam di seluruh negara untuk kembali ke rumah masing-masing. PKP ini dilaksanakan sebagai salah satu langkah menyekat penularan wabak ini.

Sanjay Kumar, pelajar pengajian Doktor Falsafah (PhD) UMK yang berasal dari India dan kini di Kampus Jeli berkata beliau tiada masalah dengan PKP yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia ketika ini. Peluang itu digunakan oleh beliau dan rakan-rakan yang lain untuk memberi tumpuan kepada kertas kajian masing-masing.

"Fokus saya ketika ini kepada kajian akademik saya. Saya memang rindu pada keluarga saya tetapi kita semua tahu wabak ini sedang berada di mana-mana sahaja. Jadi apa bezanya sama ada terus berada di sini atau pulang ke India?" katanya.

Pandangan Sanjay ini dipersetujui oleh rakan-rakannya yang lain.

Beliau berkata, majoriti mereka tiada masalah dengan PKP yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia pada ketika ini dalam mengekang penularan pandemik COVID-19 yang berlaku di peringkat global.

“Fokus saya ketika ini ialah untuk menumpukan kepada kajian akademik saya. Saya memang rindu pada keluarga saya tetapi kita semua tahu wabak ini sedang berada di mana-mana sahaja. Jadi apa bezanya sama ada terus berada di sini atau pulang ke India?" katanya.

Menurut beliau kumpulan pelajar antarabangsa UMK tetap kuat dan positif. Mereka memahami dan menyokong sepenuhnya arahan Kerajaan Malaysia dan kaedah penjarakkan sosial dalam tempoh sukar ini kerana ini adalah cara terbaik untuk melemahkan Covid-19.

Tambah Sanjay, beliau bersama rakan-rakannya PhD yang lain seperti Abdul Halim Sheikh dari Bangladesh dan Ferid Abdulhafiz Kemal dari Habsyah, menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang menyediakan bantuan makanan berkhasiat seperti roti, minuman tenaga, buah-buahan, air dan makanan harian sepanjang tempoh PKP.

Sementara itu, Samsidine Aidara dari Senegal yang menyewa rumah berhampiran UMK Kampus Jeli berkata sebagai pelajar dan guru bahasa sambilan di UMK juga memanfaatkan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) atas talian sepanjang tempoh PKP ketika berada di rumah.

Katanya, dalam tempoh tersebut beliau juga menggunakan kaedah mesyuarat dalam talian menerusi telesidang video untuk terus berhubungan dengan rakan sekerja dan pelajarnya.

“Ya betul, PKP bukan tempoh 'bulan madu' dan jangan ambik kesempatan kerana PKP. Biarpun, sudah dekat sebulan tidak ada kuliah secara bersemuka tetapi semua pelajar tetap diberi kerja rumah dan kuiz untuk dilakukan dengan pemantauan supaya mereka dapat terus belajar bahasa Perancis," katanya.

“Sebenarnya banyak manfaat ketika berada dalam tempoh PKP ini untuk digunakan sebaik-baiknya oleh kami. Saya berharap kita semua menyokong usaha kerajaan Malaysia untuk tinggal di rumah dengan berdoa memohon perlindungan Allah SWT dengan bersungguh-sungguh kerana dengan ini sahaja cara terbaik untuk mengakhiri krisis pandemik ini,” katanya.

Pandangan Samsidine ini dipersetujui oleh Ainnur Shahirah Hashim, pelajar Ijazah Sarjana dari Indonesia, yang bersetuju untuk tidak kembali negara asal dan memilih untuk berada di Kelantan bersama rakan-rakan.

“Sejak fasa pertama PKP, platform digital E-kampus memudahkan komunikasi dua hala atas talian antara pensyarah dan pelajar termasuk penyampaian kuliah, kuiz, penyiaran video, dan banyak lagi.

“Saya berharap semua menyokong usaha kerajaan untuk tinggal di rumah dengan selamat bersama keluarga. Kami juga berterima kasih kepada barisan hadapan Malaysia kerana melindungi dan menyelamatkan banyak nyawa dalam menghadapi pandemik koronavirus ini,” katanya yang tinggal serumah di Kampung Ketereh bersama Ainnur, Khadija Ali Elmi dari Somalia.

Pelajar antarabangsa UMK terkini berjumlah seramai 48 orang dari 18 buah negara.

Oleh : Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 04 22 at 1.42.18 PM

WhatsApp Image 2020 04 22 at 1.42.19 PM

WhatsApp Image 2020 04 22 at 1.42.19 PM 1

WhatsApp Image 2020 04 22 at 1.42.20 PM

WhatsApp Image 2020 04 22 at 1.42.20 PM 1

WhatsApp Image 2020 04 22 at 1.42.20 PM 2

Web Traffic

2.png7.png7.png3.png1.png5.png
Today332
Yesterday405
This week1308
This month8206
Total277315

Who Is Online

2
Online

2024-03-28

Search