- Mohd Faizal
- Hits: 321
NAIB CANSELOR PUKAU PENONTON DEKLAMASI PUISI SEMPENA PROGRAM JELAJAH PUISI KELUARGA MALAYSIA 2022
KOTA BHARU 12 Oktober 2022 I Lebih 1,500 pelajar baharu terhibur menyaksikan Program Jelajah Puisi Keluarga Malaysia 2022 yang berlangsung di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, malam tadi.
Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak menjadi pembuka gelanggang mendeklamasi puisi bertajuk Tanah Pusaka Warisan Moyang untuk Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia 2022.
Malam puisi tersebut adalah anjuran Kepimpinan Kamarazaman (IKK), Kementerian Komunikasi dan MultiMedia (KKMM), UMK melalui Pusat Kebudayaan serta beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Malam Program Jelajah Puisi Keluarga Malaysia 2022 yang berlangsung selama dua jam terasa sungguh sekejap dengan penampilan tokoh-tokoh penyajak yang tersohor menyampaikan sajak-sajak berunsurkan patriotisme dan jati diri kepada negara.
Audien juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian artis budaya UMK.
Menurut Prof. Dr. Razli, program pada malam ini adalah bagi memupuk semangat patriotisma dan membuka peluang kepada pelajar dan staf untuk mengekspresikan rasa cinta kepada negara melalui deklamasi sajak.
Beliau mahu pelajar-pelajar baharu UMK menghayati seni, budaya dan warisan pada malam ini sebagai satu perkara yang sepatutnya dibanggakan.
“Deklamasi turut dimeriahkan dengan bacaan puisi dari warga media, warga OKU, warga cilik dan juga pelajar UMK yang juga merupakan salah seorang daripada fasilitator Minggu Mesra Mahasiswa,” katanya.
Antara pendeklamasi puisi ialah terdiri dari Presiden Institut Kepimpinan Kamarazaman, En. Kamarazaman Yaakob (Bung Zaman) bertajuk Kampung Dewan Beta, Penerima Anugerah Bakti Sastera GAPENA, En. Abdul Hadi Yusoff bertajuk Kita Lahir Disini Bukan Dari Api dan Pengerusi, Program Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia, Prof Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw bertajuk Indahnya Kelantan.
Turut mendeklamasi puisi pada malam itu ialah Pakar Pengajian Warisan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Dr. Mohd Firdaus bin Che Yaacob bertajuk Senja Berdarah dan Persembahan Gurindam oleh Pegawai Kebudayaan UMK, Nik Nurul Hidayah Nik Mat.
Manakala, warga media terdiri daripada Juruhebah RTM (Kelantan FM), En. Azidi Abdullah (Melihat Tanah Air), Wartawan RTM, En. Amirul Hafiz Rosli (65 Tahun Keluarga Malaysia) dan Wartawan Harian Metro, Pn. Syaherah Mustafa (Tanah Ini Milik Kita Bersama).
- Mohd Faizal
- Hits: 535
PELAJAR UMK TERIMA DANA RM375,000 DARIPADA SME CORP
- Mohd Faizal
- Hits: 560
PROF. DR. NIK MAHERAN NIK MUHAMMAD TERIMA WATIKAH PEGAWAI KEHORMAT PERTAHANAN AWAM
- Nov 10, 08:42 am
NAIB CANSELOR PUKAU PENONTON DEKLAMASI PUISI SEMPENA PROGRAM JELAJAH PUISI KELUARGA MALAYSIA 2022
- Jun 22, 16:11 pm
PELAJAR UMK TERIMA DANA RM375,000 DARIPADA SME CORP
- Jun 21, 16:37 pm
PROF. DR. NIK MAHERAN NIK MUHAMMAD TERIMA WATIKAH PEGAWAI KEHORMAT PERTAHANAN AWAM
- Mohd Faizal
- Hits: 463
UMK SUMBANG BAKUL RAYA KEPADA PENGAMAL MEDIA KELANTAN
- Super User
- Hits: 1273
UMK DAN UITM JADI UNIVERSITI AWAM PERTAMA TAWAR PROGRAM AKADEMIK DWI IJAZAH
- Super User
- Hits: 1245
TUANKU CANSELOR BANGGA PENCAPAIAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN UMK
- Mohd Faizal
- Hits: 488
UMK KOMITED BANTU KEBAJIKAN MAHASISWA
- Super User
- Hits: 2195
UMK TUBUH UMK TRACE DI PULAU BANDING
- Super User
- Hits: 1173
ANUGERAH PELAJARAN DI RAJA BERI TUAH KEPADA GRADUAN FBKT PEROLEH JAWATAN PTD
- Super User
- Hits: 933
UMK DAN KIAS TANDATANGANI MOU KERJASAMA AKADEMIK
- Super User
- Hits: 755