- Super User
- Hits: 752
UMK, UNIVERSITI PERTAMA TUBUH PUSAT PENGAJARAN LATIHAN NIOSH@UMK
- Super User
- Hits: 582
UMK LANCAR PROGRAM BARANG ASAS (BA) 100 BANTU RINGAN BEBAN SARA HIDUP B40
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjadi universiti pertama di kalangan Institusi Pengajian Tinggi melancarkan Program Barang Asas (BA) 100 bagi membantu mengurangkan kos sara hidup masyarakat terutamanya kepada golongan B40.
- Super User
- Hits: 2782
JOM BELAJAR SAMBIL KERJA DI PROGRAM PENGAJIAN SARJANA MUDA SECARA SEPARUH MASA UMK
PENGKALAN CHEPA 15 Januari Pusat Pendidikan Luar UMK (UMKCEE) mengambil pendekatan terkini dengan mempromosikan Program Pengajian Sarjana Muda secara Separuh Masa di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan mengadakan sesi penerangan dan taklimat tentang peluang pengajian separuh masa khususnya kepada agensi kerajaan dan badan berkanun di Kelantan.
Pengarah UMKCEE, Prof. Madya Ts. Dr. Zuraimi Abdul Aziz berkata, program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda itu menyediakan syarat kemasukan secara mudah dan membuka peluang kepada mana-mana individu yang berminat menyambung pelajaran di peringkat ijazah pertama tanpa pendidikan formal.
Katanya, ini adalah salah satu usaha yang dijalankan oleh pihak UMKCEE bagi membantu mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah terutama kepada mereka yang sedang bekerja.
“Siri taklimat ini juga untuk memberi maklumat terkini dan lebih jelas kepada penjawat awam atau kakitangan badan berkanun bagi meningkatkan kelayakan akademik di peringkat Ijazah untuk peningkatan kerjaya yang lebih baik.
“Inisiatif UMKCEE ini adalah selaras dengan komitmen dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM-PT) 2015-2025 dengan merealisasikan Lonjakan ke-3 bagi menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat,” katanya selepas sesi Taklimat Pengajian Ijazah Separuh Masa kepada 80 kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kelantan di Bilik Mesyuarat Sekebun Bunga, pejabat KPDNHEP Kota Bharu, Kelantan, pada 14 Januari 2020.
Turut hadir, Pengarah KPDNHEP Kelantan, Tuan Adnan Hj Abd Rahman.
Tambahnya, penawaran program secara separuh masa (sambilan) ini adalah untuk menggalakkan pembelajaran berterusan di kalangan pekerja yang tidak berkesempatan melanjutkan pengajian sebelum ini ke peringkat Sarjana Muda.
“Syarat kemasukan dan keperluan khas program adalah dengan kelulusan STPM, STAM, matrikulasi, sijil yang diiktiraf oleh MQA, diploma atau lulus ujian sijil Apel A. Manakala tempoh pengajian yang dijalankan adalah minimun selama empat tahun dengan kelas kuliah diadakan pada setiap hujung minggu serta pengambilan jumlah kredit yang fleksibel.
“Sebanyak 4 program pengajian ditawarkan iaitu Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran),
Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dan Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan).
Misi jelajah penerangan ini akan diteruskan di seluruh negara dengan negeri Terengganu menjadi tempat kedua untuk disantuni.
Oleh: Pusat Komunikasi Korporat
- Jan 19, 08:34 am
UMK, UNIVERSITI PERTAMA TUBUH PUSAT PENGAJARAN LATIHAN NIOSH@UMK
- Jan 15, 08:42 am
UMK LANCAR PROGRAM BARANG ASAS (BA) 100 BANTU RINGAN BEBAN SARA HIDUP B40
- Jan 15, 08:38 am
JOM BELAJAR SAMBIL KERJA DI PROGRAM PENGAJIAN SARJANA MUDA SECARA SEPARUH MASA UMK
- Super User
- Hits: 722
PROTÉGÉ UMK DAPAT SAMBUTAN DILUAR DUGAAN
- Super User
- Hits: 724
NAIB CANSELOR UMK TERIMA PINGAT KEBESARAN NEGERI
- Super User
- Hits: 916
UMK TUNAIKAN IMPIAN GRADUAN FTKW TERIMA IJAZAH DI RUMAH PADA MAJLIS MINI KONVOKESYEN
- Super User
- Hits: 711
UMK TUAN RUMAH MAJLIS SAMBUTAN HARI INTERGRITI 2019
- Super User
- Hits: 1061
ANUGERAH INI PENGIKTIRAFAN UNTUK UNIVERSITI ~ NAIB CANSELOR UMK
- Super User
- Hits: 943
DATO’ DR. ANWAR RIDHWAN SASTERAWAN IKON UMK
- Super User
- Hits: 796
PROGRAM FOOD BANK KPDNHEP DILANCARKAN DI UMK
- Super User
- Hits: 928