GLOBAL

General

PELAJAR CEMERLANG STPM 5A AMAL BACA AL QURAN DUA MUKA SURAT SETIAP HARI

PELAJAR CEMERLANG STPM 5A AMAL BACA AL QURAN DUA MUKA SURAT SETIAP HARI

JELI 11 Mac I Pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Siti Aishah Mz Rozalan, 20, sentiasa rapat dengan Al – Quran dan membaca dua muka surat setiap kali sebelum memulakan sesi persekolahan dan mengulangkaji pelajaran.

Manakala surah saya amal ialah surah Al – Mulk, Yaasin, Al – Waqiah, Ar- Rahman dan Al – Hajj,” katanya ketika mengulas kejayaan muncul sebagai pelajar terbaik STPM 2019 di peringkat nasional dengan memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional (PNGK) 4.00 dan 5A.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi lawatan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ke kediamannya di Kampung Sungai Renyuk, Kuala Balah, Jeli, Kelantan, pada 11 Mac 2020.

Sesi lawatan itu diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd. Rafi Yaacob.

Hadir sama, Timbalan Pendaftar Bahagian Pentadbiran Akademik Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Puan Aslina Abdullah.

Prof. Dr. Mohd Rafi yang mewakili pihak pengurusan UMK berbangga dengan pencapaian Siti Aishah dan berharap lebih ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang sama ada di dalam peperiksaan PT3, SPM dan STPM.

“Dengan kehadiran UMK pada sesi lawatan ini memberi ruang dan peluang kepada Aishah untuk mendapat input penting berkenaan program-program pendidikan yang terdapat di UMK,” katanya.

Tambah beliau, pengkhususan program pengajian di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) dilihat bersesuaian dengan Siti Aishah sebagai pelajar aliran ekonomi.

“Kami mempunyai program Sarjana Muda Keusahawanan Perdagangan, Sarjana Muda Keusahawanan Peruncitan, Sarjana Muda Perbankan, Peruncitan dan juga program 2U2I.

“Selain itu, UMK bakal menawarkan satu program baharu pada sesi semester depan iaitu Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Ini merupakan program terbaru yang ditawarkan di UMK,” katanya.

Selain itu, Prof. Dr. Rafi berkata UMK juga memberi penekanan kepada pendidikan keusahawanan di samping di beri kemahiran sahsiah diri, keterampilan, daya saing dan salah satu aspek lagi adalah kebolehan untuk menjadikan mereka usahawan.

Sementara itu, Siti Aishah berkata kemiskinan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan kerana beliau sendiri berasal daripada keluarga pendapatan B40.

“Meskipun kita susah, kita memiliki satu anugerah daripada Allah iaitu kepandaian dan kebijaksanaan”

“Kesimpulannya, kita tidak perlu risau dan terus berusaha seperti satu kata pepatah arab yang selalu saya pegang iaitu “man jadda wa jadda” yang bermaksud sesiapa yang berusaha kejayaan akan menjadi miliknya dan ianya merupakan janji Allah s.w.t,” katanya.

Oleh : Pusat Komunikasi Korporat

spm2

Web Traffic

0.png6.png1.png2.png5.png
Today145
Yesterday177
This week1319
This month1904
Total6125

Who Is Online

1
Online

2021-04-11

Search