GLOBAL

General

PENCERAMAH MOTIVASI TERKENAL PROF DATUK DR MUHAYA BERTAMU DI UMK DALAM RESET MINDA

PENCERAMAH MOTIVASI TERKENAL PROF DATUK DR MUHAYA BERTAMU DI UMK DALAM RESET MINDA

BACHOK 1 Mac I Pemikiran yang intelektual adalah lahir daripada kekuatan minda, emosi dan rohani  sekaligus membentuk minda yang positif,” ujar Pakar Motivasi, Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad di hadapan lebih 500 mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sempena  Program Reset Minda, Celik Hati, Transformasi Diri di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, Tangok, Kelantan, pada 1 Mac 2020.
 
Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Universiti memberitahu terdapat lima tahap transformasi diri yang dapat mengubah perilaku seseorang iaitu melalui identiti, percaya diri, keupayaan dan ilmu, tingkah laku dan suasana yang produktif. 
 
Katanya, perbuatan dan pemikiran yang positif mampu meningkatkan sistem imunisasi seseorang individu. 
 
“Manusia yang gemar mengkritik orang lain adalah orang yang suka mengutuk diri sendiri. Jadi, perbuatan negatif seperti itu diiibaratkan kita telah menganiaya diri sendiri.
 
“Terdapat tiga perkara yang perlu dilakukan apabila bertemu dengan seseorang iaitu dengan menghargainya,   respek (hormati) dan sebut sebanyak mana kebaikan mereka itu,” katanya.
 
Menurut Prof. Datuk Dr. Muhaya, dalam konsep pengucapan awam, beliau mendapati ketakutan nombor satu atau perkara paling digeruni di dunia ini ialah situasi anda ketika berada di atas pentas dan ketika  untuk mula menyampaikan ucapan awam.
 
“Konsep pengucapan awam yang berkesan memerlukan latihan yang dapat mendidik supaya kita belajar menyayangi diri, menghargai diri dan keyakinan diri,” katanya. 
 
Melalui perkongsian beliau itu, Prof. Datuk Dr. Muhaya juga menasihati mahasiswa supaya mengutamakan pembelajaran kerana konsep pembelajaran  yang sebenar ialah bukan sahaja untuk lulus peperiksaan sahaja.
 
“Pembelajaran di bilik kuliah atau di dewan seperti ini akan membuatkan kita dapat mengetahui perkara atau sesuatu isu yang kita tidak tahu dan mengingatkan kita kepada perkara yang telah di pelajari di dalam kuliah atau dimana-mana,” katanya. 
 
Program Reset Minda, Celik Hati, Transformasi Diri pada edisi kali ini turut menampilkan pelukis kaligrafi Islam dan pakar motivasi, En. Afnan Rosli dan En. Talib Husin selaku moderator.
 
Menurut En. Afnan, dalam mengejar kejayaan dalam kehidupan, manusia perlu membentuk keperibadian diri yang positif dan memahami bahawa setiap yang kita lakukan adalah kerana Allah bukan kerana manusia.
 
Beliau juga turut berkongsi pengalaman yang pernah dilaluinya sehingga terpaksa tidur di longkang yang menjadi detik permulaan kepada kejayaan yang dikecapinya sekarang. 
 
“You can be whatever you want to be, be whoever you want to be, trust yourself.  Ini kerana kita sahaja yang tahu  kemampuan diri kita sendiri. 
 
“Kita perlu percaya pada diri, kumpul seberapa banyak pengalaman kerana melalui pengalaman sahaja kita mampu mematangkan hidup kita dan membuat perubahan dalam diri,” katanya.
 
Disediakan oleh : Nurul Athirah Shamsu Bahri, (Pelatih Industri)
muhaya2

Web Traffic

2.png8.png2.png4.png7.png8.png
Today97
Yesterday341
This week829
This month4326
Total282478

Who Is Online

4
Online

2024-04-17

Search