GLOBAL

General

46 GRADUAN SULUNG STAF PENTADBIR DAN PENSYARAH UMK TERIMA DIPLOMA EKSEKUTIF KEUSAHAWANAN

46 GRADUAN SULUNG STAF PENTADBIR DAN PENSYARAH UMK TERIMA DIPLOMA EKSEKUTIF KEUSAHAWANAN

PENGKALAN CHEPA, 10 I Seramai 46 graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima Diploma Eksekutif Pengurusan Enterprais dan Diploma Eksekutif Pendidik Keusahawanan pada Majlis Graduasi Kali Pertama yang berlangsung di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 10 Disember 2019.

Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail.

WhatsApp Image 2019 12 12 at 7.23.52 AMProgram Diploma Eksekutif Pengurusan Enterprais ini mula ditawarkan pada tahun 2016 kepada kumpulan pentadbir dari gred 41 hingga 52 berstatus tetap manakala Diploma Eksekutif Pendidik Keusahawanan pula ditawarkan kepada semua staf akademik berstatus tetap dan kontrak.

Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, kedua-dua program diploma ini bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan tentang keusahawanan dalam kalangan staf Universiti sebagai pemangkin kepada kejayaan UMK sebagai sebuah universiti keusahawanan.

Beliau berkata, program ini menjadi pelengkap kepada ekosistem Universiti Keusahawanan dengan komitmen tinggi pihak pengurusan Universiti untuk menjadikan UMK sebagai sebuah Universiti keusahawanan yang unggul di rantau ini menjelang tahun 2023.

“Kejayaan graduan menamatkan pengajian pada hari ini telah melakar sejarah baharu Universiti sebagai graduan sulung program itu.

“Kita percaya dengan modul dan tenaga pengajar yang kompeten melalui kursus diploma seliaan Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) dan Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) ini menjadi lonjakan kepada pencapaian cemerlang Universiti dalam bidang Keusahawanan,” katanya.

Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi yang ditemui setelah selesainya Majlis Graduasi Diploma Eksekutif Keusahawanan Kali Pertama itu turut memaklumkan bahawa UMK bakal menawarkan program diploma tersebut kepada orang awam dan pendidik keusahawanan di institusi pengajian tinggi bermula tahun hadapan.

Beliau berkata penawaran kedua-dua program itu selari dengan usaha UMK untuk memperkasakan program pengajian keusahawanan kepada orang awam termasuk staf agensi kerajaan negeri dan swasta.

Katanya lagi, dengan kejayaan graduan sulung program ini juga akan menguatkan lagi barisan kepimpinan UMK dalam usaha mencapai kecemerlangan Universiti.

“Penerapan nilai-nilai keusahawanan yang tinggi bagi seorang usahawan yang melalui program ini adalah seperti proaktif, kreatif, berani mengambil risiko, mampu mengurus perbezaan, cekap membuat pilihan, berdaya saing dan kerja berpasukan sebagai kekuatan dalam menjalankan tugas harian,” katanya.

“Dalam usaha untuk melahirkan graduan keusahawanan, kita perlu memastikan pensyarah kita mempunyai minda keusahawanan baharu agar kita dapat melahirkan pelajar yang akan menjadi usahawan selepas tamat belajar, malah kita juga mahu memastikan pentadbir kita mempunyai minda dan kualiti keusahawanan,” katanya.

Beliau berharap kejayaan ini adalah sebagai manifestasi semangat dan pembudayaan keusahawanan di Universiti yang tercinta ini.

“Anda telah berjaya menamatkan kursus ini walaupun berhadapan dengan kekangan kesibukan menguruskan waktu kerja dan keluarga.

“Segala pengorbanan itu ditebus pada hari bersejarah ini sebagai satu kejayaan manis yang menjadi pencetus utama kepada gelombang keusahawanan di negara ini,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2019 12 12 at 7.23.51 AM 1

Web Traffic

0.png6.png1.png1.png9.png
Today139
Yesterday177
This week1313
This month1898
Total6119

Who Is Online

1
Online

2021-04-11

Search