GLOBAL

General

PROTÉGÉ UMK DAPAT SAMBUTAN DILUAR DUGAAN

PROTÉGÉ UMK DAPAT SAMBUTAN DILUAR DUGAAN  

 
PENGKALAN CHEPA I Dewan Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang pada awalnya sunyi sepi bertukar  gamat  apabila penyanyi terkenal Sufian Suhaimi, muncul membuat penampilan khas pada sesi Celebrity Motivation and Inspiration Talk sempena Program Entrepreneurship And Employability Awareness Day 2019 atau PROTÉGÉE.
 
Keterujaan terhadap penyanyi popular tanahair itu membuatkan dewan full house apabila 1,500 pelajar dan peserta hadir memeriahkan program PROTÉGÉ anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama Pusat Pembangunan dan Pendidikan Keusahawanan(CEED), Pusat Keusahawanan UMK (UMKEI), Bahagian Pembangunan Kerjaya dan Alumni, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMK.
 
Penyanyi terkenal dengan lagu Di Mata Mu itu berjaya memukau dan menarik perhatian peserta untuk turut menyanyi lagu-lagu popular Sufian Suhaimi yang dinobatkan pemenang anugerah Persembahan Terbaik pada Juara Lagu 2018.
 
Sufian Suhaimi yang bertindak sebagai motivator jemputan  turut berkongsi pengalaman bagaimana beliau bangkit semula dan move on selepas mengalami kekecewaan dan berputus asa.
 
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah berkata, program PROTÉGÉ Yang berlangsung  selama satu hari  adalah platform terbaik untuk membimbing pelajar atau graduan untuk merebut peluang mendapat kerjaya yang baik dan membina kerjaya dalam keusahawanan.
 
Beliau berkata, selain itu pelajar juga perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran lain yang boleh menjadi nilai tambah kepada mereka untuk menarik minat majikan. 
 
“Jangan terlalu hanya bergantung kepada sijil. Pelajar perlu mempunyai kombinasi iaitu kelulusan, kemahiran dan bakat untuk menempatkan diri dalam bidang pekerjaan. PIhak Universiti juga berharap pelajar tidak melihat peluang pekerjaan itu sekadar dalam sektor awam atau swasta kerana mereka harus berani mencipta peluang untuk menjadi usahawan yang kompetitif,” katanya pada perasmian Program Entrepreneurship & Employability Awareness Day 2019, di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, pada 21 November 2019.
 
Turut hadir, Ketua Sekretariat PROTÉGÉ, Kementerian Pembangunan Usahawan, Puan Hjh Norashikin Dato’ Haji Ismail, Pengarah Kanan CEED, Prof. Madya Dr. Mohammad, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKM) Tuan Haji Ariffin Mamat dan Pengarah MOTAC Kelantan,En Mohd Aidil Afizie Daud.
 
Mengulas isu pengangguran di kalangan graduan lepasan Ijazah , Prof. Ts. Dr. Arham,  berkata UMK mengambil pendekatan dengan memberi tumpuan kepada pembentukan graduan kelas pertama agar menjadi rebutan pihak industri dengan membentuk tiga hala tuju utama, iaitu kebolehpasaran graduan, memperkasakan kesatuan dan pembangunan pelajar.
 
“Di UMK pelajar melaksanakan kursus dalam mod 2u2i iaitu di Fakulti Keusahawanan Perniagaan (FKP) yang menggabungkan pembelajaran akademik dan aplikasi pembelajaran sebenar di tempat kerja. Mod ini membolehkan pembelajaran berasaskan pengalaman di industri dipraktikkan. 
 
“Bukan setakat itu sahaja, UMK turut menyediakan sistem sokongan untuk merancakkan aktiviti keusahawanan pelajar dengan strategi bukan sahaja berjaya mencipta graduan yang berdaya saing dan berkolaboratif sifatnya, tetapi juga tetapi juga telah mencipta peluang pekerjaan untuk orang lain,” katanya.
 
Sempena program PROTÉGÉ di UMK, turut diadakan ceramah seminar We Are The Champion oleh Puan Hjh Norashikin, I Want to be Rich oleh Tuan Haji Ariffin Mamat( Pak Pin), Kerjaya dalam bidang Tourism Hospitality oleh En. Mohd Aidil Afizie, Jom Mula Business
Oleh SME Bank dan Klinik Resume dan Tips Temuduga oleh Pengurus Kebajikan Pekerja TH Plantations Berhad.
 
Pihak industri yang terlibat dalam sesi temuduga dan rundingcara adalah Maybank,  MRCB, CIMB, Permodalan Nasional Berhad (PNB), SME Bank dan Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (Magic).
 
Oleh I Pusat Komunikasi  Korporat UMK

Web Traffic

2.png8.png3.png4.png9.png9.png
Today214
Yesterday291
This week1850
This month5347
Total283499

Who Is Online

4
Online

2024-04-20

Search