GLOBAL

General

NAIB CANSELOR UMK TERIMA PINGAT KEBESARAN NEGERI

NAIB CANSELOR UMK TERIMA PINGAT KEBESARAN NEGERI

BACHOK, 11 NOV: Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-50 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V pada 11 November 2019, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyembah rasa terharu di atas pengurniaan darjah kebesaran negeri pingat Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) kepada Naib Canselor UMK YBhg Prof. Ts. Dr. Noor Azizi B. Ismail yang membawa gelaran Dato'.

Prof. Dato' Ts. Dr. Noor Azizi dilantik sebagai Naib Canselor UMK pada 7hb. Januari 2019. Beliau memiliki kelulusan Ijazah Kedoktoran Perakaunan dan Sistem Maklumat, Loughborough University (United Kingdom), Ijazah Sarjana Sistem Maklumat Perakaunan di Memphis University (Amerika Syarikat) dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kerjaya akademik beliau bermula di Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai pensyarah sebelum dilantik sebagai Dekan (Penyelidikan & Pascasiswazah) Kolej Perniagaan dan Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business. Prof. Dato' Ts. Dr. Noor Azizi kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor UUM. Jawatan terakhir beliau sebelum menerima mandat sebagai Naib Canselor UMK ialah Timbalan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi.

Pengiktirafan tempatan dan antarabangsa yang pernah diterima antaranya ialah Lecturer Excellence Award, 2008 (SAS INSTITUTE), Anugerah Kepimpinan Inovatif, 2011, Anugerah Kepimpinan Pendidikan, 2013 (CMO Asia's Best B-School) dan Movers & Shakers Award, 2018 (Asia HRV Awards).

UMK menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan terutama sekali penerokaan kerjasama dengan sektor korporat dan rakan industri yang lain sejak berada di bawah teraju beliau.

Pengurusan Tertinggi UMK dan warganya ingin menyampaikan ucapan tahniah dan merasa bangga dengan penganugerahan istana ini.

Semoga UMK terus maju jaya dan cemerlang di bawah pimpinan Prof. Dato' Ts. Dr. Noor Azizi B. Ismail.

Oleh:
Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Kelantan

Web Traffic

2.png8.png2.png3.png5.png7.png
Today317
Yesterday391
This week708
This month4205
Total282357

Who Is Online

1
Online

2024-04-16

Search