GLOBAL

General

KAJIAN UMK KENALPASTI 3 INDIKATOR CAPAIAN EKONOMI WANITA KELANTAN

KAJIAN UMK KENALPASTI 3 INDIKATOR CAPAIAN EKONOMI WANITA KELANTAN

PENGKALAN CHEPA 4 November I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengenalpasti tiga indikator bagi penilaian tahap perkembangan kumpulan peniaga atau usahawan untuk mengukur potensi atau keinginan wanita di Negeri Kelantan mengembangkan perniagaan mereka ke tahap lebih tinggi sehingga ke peringkat antarabangsa,” jelas Pengarah Institut Keusahawanan UMK (UMK EI), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad.

Beliau berkata berdasarkan kajian terdahulu serta pemerhatian awal yang dilaksanakan pada April 2019 menunjukkan ada golongan wanita Kelantan lebih selesa berniaga hanya untuk pembangunan diri sendiri sahaja.

Manakala terdapat tiga kumpulan peniaga di Kota Bharu dan sekitar Kelantan memiliki pandangan dan persepsi berbeza bagi melonjakkan perniagaan mereka untuk dimajukan hingga menembusi pasaran luar negara.

“Kumpulan pertama ialah golongan peniaga yang membuka perniagaan untuk keperluan kehidupan sahaja, golongan kedua ialah berniaga sebagai sumber pendapatan dan mampu melancong dan perniagaan itu boleh diwarisi kepada tiga generasi.

“Manakala golongan ketiga ialah usahawan wanita yang memiliki premis di Kota Bharu dan pada masa yang sama memiliki kedai di Kuala Lumpur dan berhasrat mahu mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.

“Capaian daripada kajian tersebut menjadi mekanisme terbaik kepada kajian oleh UMK untuk mengenalpasti kekangan peniaga atau usahawan wanita untuk memajukan diri yang terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran hingga menghadkan keinginan memajukan perniagaan mereka.

Melalui kajian ini UMK EI berusaha mencari jalan penyelesaian serta hasilnya akan diketahui dalam tempoh terdekat,” katanya pada majlis perasmian Seminar Memperkasakan Ekonomi Wanita di Dewan Keusahawanan,UMK Kampus Kota, di Pengkalan Chepa, pada 4 Oktober 2019.

Tengku Puan Temenggong Kelantan, YBM Puan Sri Dato’ Tunku Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj telah berkenan berangkat mencemar duli merasmikan seminar yang dihadiri oleh 400 peserta yang terdiri daripada usahawan, Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), staf dan pelajar UMK.

Turut berlangsung ialah ucaptama oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Equal Up Strategies, Miss Gretta Schetller.

Sementara itu, barisan ahli panel bagi forum ialah Pengerusi Eksekutif Pharmaniaga Berhad, Datuk Dr. Hafsah Hashim, Tokoh Budaya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Exco Kebajikan Keluarga dan Pembangunan Wanita Negeri Kelantan, YB Hjh Mumtaz Md Nawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Salina & Association PR, Cik Selina Yeop Johari.

Menurut Prof. Dr.Nik Maheran, penganjuran seminar ini juga sebagai platform untuk pakar dari pelbagai latar belakang berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang seterusnya dapat memberikan inspirasi kepada wanita-wanita lain.

Beliau percaya antara kaedah paling berkesan untuk meningkatkan pendapatan purata sesebuah isi rumah B40 adalah dengan adanya peluang dan bantuan memasuki pasaran pekerjaan ataupun pernaigaan. Ini bertepatan dengan salah satu tujuan penganjuran program pada hari ini iaitu dengan memberi pendedahan kepada hadirin berkenaan kaedah membentuk idea keusahawanan dalam kalangan wanita.

“Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan telah mewujudkan beberapa program dan inisiatif untuk memartabatkan ekonomi wanita.

Antaranya, TEKUN, Amanah Iktiar Malaysia, sektor-sektor bantuan kewangan yang lain. Ini beretepatan dengan objektif penganjuran program iaitu memberi pendedahan kepada hadirin pada hari ini berkenaan peluang dan bantuan yang disediakan dalam membantu memperkasakan ekonomi wanita.

“Impak daripada pelaksanaan seminar ini mampu membantu peningkatan pendapatan sesebuah isi rumah B40, memastikan wanita memperoleh segala peluang untuk pendidikan, dipromosikan dan bekerja dan persediaan awal kepada golongan wanita negara ini dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0),” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK

WhatsApp Image 2019 11 07 at 5.38.41 AM 1

WhatsApp Image 2019 11 07 at 5.38.42 AM

Web Traffic

2.png7.png7.png4.png9.png5.png
Today109
Yesterday403
This week1488
This month8386
Total277495

Who Is Online

2
Online

2024-03-29

Search