GLOBAL

General

UMK GERAKKAN SIMULASI PENYELAMATAN KEBAKARAN BERSAMA BOMBA KELANTAN

UMK GERAKKAN SIMULASI PENYELAMATAN KEBAKARAN BERSAMA BOMBA KELANTAN

BACHOK 24 Oktober I Kecekapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok berjaya menyelamatkan lapan mangsa yang terperangkap di Bangunan Canselori Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam satu kebakaran yang berlaku kira-kira jam 9.44 pagi, pada 24 Oktober 2019.

Operasi memadam kebakaran dan menyelamat kelima-lima mangsa ditanggani dalam tempoh singkat serta berjaya dikeluarkan lebih kurang jam 9.49 pagi, dalam satu operasi latihan kebakaran membabitkan 100 staf, pekerja pembersihan dan pelawat.

Menurut Pengarah Unit Pengurusan Persekitaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UPPKKP/EOSHMU), Prof. Madya Ir. Dr Ahmad Rasdan Ismail, simulasi latihan kebakaran@Fire Drill diadakan bertujuan memberi pendedahan serta persediaan awal kepada staf bangunan Canselori untuk langkah keselamatan sekiranya berlaku kebakaran.

Katanya, latihan bermula lebih kurang jam 9.44 pagi dengan tanda kebakaran dan letupan mula kelihatan di sayap kiri aras tiga bangunan. Penggera/loceng kecemasan mula diaktifkan kepada Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Bachok dibuat jam 0945pagi sejurus penggera kecemasan berbunyi.

“Penghuni pertama yang keluar menyelamatkan diri daripada bangunan pada jam 0945pagi dan tiba di tempat berkumpul jam 0945pagi. Manakala, penghuni terakhir sampai di tempat berkumpul pada jam 0950pagi,” katanya.

Tambah beliau, balai bomba Daerah Bachok dengan kekuatan 64 anggota dan dua buah jentera dan sebuah EMRS bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.

“Operasi hari ini berjaya mendidik serta memberi kefahaman kepada staf berhubung langkah pengungsian bangunan dengan tindakan pantas,” katanya.

Latihan ini juga bagi meminimumkan kesan kemalangan ke atas staf dan harta benda.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK

WhatsApp Image 2019 10 25 at 9.07.56 PM

Web Traffic

2.png8.png3.png3.png4.png2.png
Today57
Yesterday291
This week1693
This month5190
Total283342

Who Is Online

2
Online

2024-04-20

Search