GLOBAL

General

DUA WAKIL PELAJAR DALAM SENAT UMK ZAHIR RASA TERHARU BERPELUANG SERTAI PERARAKAN PENUH ISTIADAT AHLI SENAT DI ISTIADAT KONVOKESYEN KESEMBILAN UMK

DUA WAKIL PELAJAR DALAM SENAT UMK ZAHIR RASA TERHARU BERPELUANG SERTAI PERARAKAN PENUH ISTIADAT AHLI SENAT DI ISTIADAT KONVOKESYEN KESEMBILAN UMK

BACHOK 23 Oktober I Dua Ahli Senat Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Sdr. Muhammad Ikhram Ahmad Shafri dan Cik Intan Noor Shaziera Ridzuan meluahkan rasa bangga selepas diberi peluang berada dalam barisan senat universiti di pentas utama Istiadat Konvokesyen Kesembilan 2019 di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, baru-baru ini.

Kedua-duanya adalah Barisan Exco Tertinggi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UMK Sesi 2018/2019, telah diberi penghormatan untuk menyertai barisan Ahli Senat UMK sebagai pemerhati sekaligus melayakkan mereka untuk bersama menyertai perarakan ahli senat yang lain pada majlis konvokesyen pada tahun ini.

Dalam temuramah baru-baru ini, Muhammad Ikhram melahirkan kekaguman beliau dengan majlis konvokesyen UMK yang diadakan yang mengikut adat istiadat dan penuh protokol terutamanya dengan keberangkatan tetamu diraja, Tuanku Pro Canselor, Yang Maha Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan isteri, YBhg. Cik Puan Sofie Louise Johansson serta Pro-Canselor UMK, YBM Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Katanya,peluang yang diberikan oleh UMK adalah satu penghormatan besar kepada kami berdua dengan mamakai jubah konvokesyen dan menyertai perarakan masuk bersama ahli senat dan tetamu.

“Ini adalah pengalaman manis dan hebat. Ianya cukup bermakna dan terima kasih kepada pihak pengurusan universiti. Pertama kali dapat merasai debaran berada di dewan mulia ini sebaris dengan ahli senat sebagai satu penghargaan besar yang tiada galang gantinya.

“Meremang bulu roma sebaik sahaja lagu Detik Ini berkumandang di dalam dewan besar menambah lagi debaran untuk menjejak langkah kakak dan abang kami yang berjaya bergelar graduan hari ini,” katanya selaku Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UMK.

Manakala Cik Intan Noor Shaziera selaku Setiausaha Agong MPPUMK berkata ini satu adalah pengalaman manis kerana mendapat peluang besar yang jarang-jarang diperolehi.
“Saya juga berasa seronok dan gembira kerana tidak semua pelajar dapat peluang sebagai tetamu kenamaan. Dengan peluang ini, saya dapat melihat secara langsung rakan-rakan yang menerima skroll ijazah di depan mata.

“Selepas dilantik Ahli Senat, saya sudah kali ketiga menghadiri mesyuarat senat di ketiga –tiga kampus. Melalui peluang ini kita melontar masalah-masalah dan isu-isu membabitkan pelajar di kampus,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK

Web Traffic

2.png7.png7.png4.png5.png0.png
Today64
Yesterday403
This week1443
This month8341
Total277450

Who Is Online

1
Online

2024-03-29

Search