GLOBAL

General

BENTARA UMK MENDAPAT PERHATIAN TETAMU KONVOKESYEN

BENTARA UMK MENDAPAT PERHATIAN TETAMU KONVOKESYEN

BACHOK, 20 OKTOBER, Konvokesyen adalah ibu acara kepada mana-mana universiti di seluruh dunia. Ianya saat yang dinanti-nantikan bukan sahaja kepada para graduan tetapi ibu bapa, insan terdekat dan mereka yang selama ini berkorban demi mengenggam segulung ijazah.

WhatsApp Image 2019 10 21 at 9.35.33 AM 2Justeru, majlis sambutannya dirancang dengan rapi dan kalau boleh tidak sesekali berlaku kesilapan. Persembahan dan perjalanan majlis konvokesyen juga unik dan tersendiri antara satu-satu universiti. Keunikan ini akan menyuntik elemen istimewa dan eksklusif.

Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan misalnya tampil dengan keunikan tersendiri dengan menampilkan Bentara membawa cokmar ketika mengiringi perarakan Canselor masuk ke dewan sidang konvokesyen.

WhatsApp Image 2019 10 21 at 9.35.33 AM 2Bentara akan berada di hadapan Canselor sambil memikul cokmar di bahu sebelah kanan. Cokmar itu sendiri membawa maksud kekuasaan dan kemuliaan kepada istiadat yang dilaksanakan.

Busana Bentara berkonsepkan pakaian pahlawan Melayu lama terdiri dari 5 peringkat kain iaitu tanjak (dastar), kain selepih bahu, baju melayu cekak musang, sampin dan seluar panjang. Capal kulit buatan tangan menambah hebat penampilan Bentara. Logo UMK ditenun khas pada kain selepih bahu dan baju Bentara.

Bentara akan tampil mengiringi perarakan masuk dan keluar Canselor di sidang konvokesyen menjadikan majlis konvokesyen UMK unik dan eksklusif.

Sejak UMK menyambut konvokesyen pertamanya pada tahun 2011, kehadiran Bentara menjadi rutin wajib di setiap Istiadat Konvokesyennya.

Oleh:
Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Kelantan
21hb Oktober 2019

WhatsApp Image 2019 10 21 at 9.35.33 AM 1

Web Traffic

0.png6.png1.png1.png7.png
Today137
Yesterday177
This week1311
This month1896
Total6117

Who Is Online

1
Online

2021-04-11

Search