GLOBAL

General

UMK DISARAN TERAJUI YAYASAN DIASPORA KELANTAN, TITAH CANSELOR UMK YTM DR. TENGKU MUHAMMAD FAI-IZ PETRA.

BACHOK 19 Oktober I Tengku Mahkota Kelantan YTM Tengku Dr. Muhammad Fa-iz Petra berkenan sekiranya Yayasan Diaspora Kelantan ditubuhkan dan diurus setiakan oleh UMK. Baginda bertitah bahawa UMK telah membina kerangka dan strategi yang tepat untuk menghasilkan graduan dalam bentuk modal insan kelas tinggi dalam membangunkan masyarakat yang sejahtera dan berdaya saing demi mencapai kemakmuran bersama.

Baginda yang juga Canselor UMK bertitah demikian di Istiadat Konvokesyen UMK kali ke Sembilan yamg diadakan di UMK Bachok. Keyakinan Baginda ini adalah berasaskan realiti di peringkat global yang mendesak universiti agar memainkan peranan untuk menghasilkan modal insan yang boleh mencipta peluang pekerjaan.

“Beta amat menghargai sumbangan UMK khususnya kepada pembangunan sosioekonomi Negeri Kelantan. Beta dimaklumkan penganjuran Kongres Sosioekonomi Kelantan 2019 berjaya menghasilkan 75 resolusi penting yang mampu bersama membina negeri Kelantan,” titah baginda.
Titah baginda lagi, UMK sewajarnya memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi demi kesejahteraan hidup.

“Beta optimis bahawa kerangka keusahawanan UMK mampu membimbing masyarakat bukan sahaja untuk memperkasakan perusahaan mereka, namun dapat mengembalikan keuntungan kepada masyarakat dengan pelbagai cara yang kreatif.

“Antaranya adalah penglibatan komuniti miskin dan terancam dalam perusahaan sosial. Hal ini termasuklah juga menggalakkan mereka menyumbang dari aspek kewangan melalui sistem khusus, seperti sistem wakaf, endowmen dan “crowd funding”. semua ini beta yakin, universiti malaysia kelantan mampu menjadi penerajunya,” titah baginda.

Justeru, titah baginda berharap UMK melancarkan dana Endowmen agar bolehmerancakkan lagi kelestarian kewangan dan penyertaan masyarakat sivil dalam institusi pengajian tinggi negara.

“Beta amat berbesar hati dengan Naib Canselor dan pasukan UMK yang prokatif membina “Road Map” dan ekosistem Keusahawanan untuk mencapai matlamat UMK sebagai universiti keusahawanan. hal ini termasuklah membina inisiatif berimpak untuk membudaya dan mengamalkan kriteria universiti keusahawanan kepada semua warganya,” titah baginda.

YTM Tengku Dr. Muhammad Fa-iz Petra juga menggesa UMK menggandakan kolaborasi dengan pelbagai pemegang taruh dan rakan strategik yang merentasi sempadan Negeri Kelantan.

“Beta arif bahawa rakyat Kelantan diaspora sifatnya dan mereka berjaya dengan gemilang di luar negeri kelantan. potensi dan kekuatan mereka perlu kita gemblengkan melalui komitmen yang khusus. Justeru, beta perkenan sekiranya Yayasan Diaspora Kelantan ditubuhkan dan diurus setiakan oleh UMK,” titah baginda.

Seramai 2,062 graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima ijazah masing-masing pada Istiadat Konvokesyen Kesembilan di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, Kelantan, hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 17 graduan Ijazah Doktor Falsafah, 38 graduan Ijazah Sarjana, 27 graduan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan 1,980 bagi Ijazah Sarjana Muda, telah menerima ijazah masing-masing. Majlis penganugerah ijazah telah disempurnakan oleh Canselor UMK, YTM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.

YTM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra turut berkenan menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Doktor Falsafah (Keusahawanan) kepada Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Turut berangkat mencemar duli, YBhg. Cik Puan Sofie Louise Johansson dan Pro-Canselor UMK, YBM Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Ahmad Yaakob, Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Dato’ Husamuddin Yaacob, Ahli Lembaga Pengarah UMK, YBrs, Dr. Wan Farisan Wan Sulaiman, En. Mohd Nazri Mat Noor, Dato’ Prof. Dr. Che Muhaya Haji Mohamad dan Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail.

Majlis Istiadat konvokesyen UMK kali kesembilan ini buat kali pertamanya berlangsung di Dewan Tuanku Canselor yang baharu. Konvokesyen ini diadakan selama lima sidang bermula 19 hingga 22 Oktober 2019.

Oleh:
Pusat Komunikasi Korporat

Web Traffic

2.png8.png3.png4.png0.png1.png
Today116
Yesterday291
This week1752
This month5249
Total283401

Who Is Online

2
Online

2024-04-20

Search