GLOBAL

General

TASIK UMK TURUT MERIAH SEMPENA KONVO UMK KE 9

TASIK UMK TURUT MERIAH SEMPENA KONVO UMK KE 9

BACHOK 19 Oktober I Persekitaran tasik di kampus utama Universiti Malaysia Kelantan yang sebelum ini tenang dimeriahkan dengan kehadiran ratusan orang pemancing yang datang untuk mencuba nasib menjadi pengail bertuah.

Bersempena dengan Istiadat Konvokesyennya yang ke 9, UMK menganjurkan Pertandingan Memancing yang terbuka kepada kaki pancing di tasik Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok, Kelantan.

WhatsApp Image 2019 10 20 at 10.25.54 AM 1Juara pertandingan. Mohd Nusa Razali, 28, berjaya menaikkan ikan keli seberat 8 kilogram pada jam 10.00 pagi, sekali gus membolehkan beliau menerima wang tunai berjumlah RM3,000 serta hamper. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Sudin yang membawa balik hadiah wang tunai RM700 dan tempat ketiga dimenangi En. Zulkifli yang membawa balik hadiah wang tunai RM300.

Sebanyak 30 peserta yang memenangi hadiah wang tunai dan sebanyak 30 peserta yang memenangi hadiah cabutan bertuah.Kesemua hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarah Pusat Kokurikulum Pejabat Hal Ehwal Pelajad dan Alumni, Dr. Mohd Nazri Muhayiddin.

Menurut Mohd Nusa, berasal dari Pasir Mas itu sama sekali tidak menyangka umpan cacing menjadi kegemaran ikan keli menyambar jorannya lebih kurang jam 10.00 pagi selepas pertandingan dimulakan pada 8.00 pagi dan tamat pada jam 12,30 tengahari.

“Pertandingan kali ini agak sengit kerana saingan daripada hampir 350 peserta termasuk penyertaan daripada Thailand. Selepas beberapa jam joran saya ditarik dan rezeki saya pada hari ini dapat membawa balik hadiah utama,” katanya yang sudah 10 berpengalaman menyertai pertandingan.

Sementara itu, sebanyak 131 ekor burung Murai Batu dipertandingkan pada pertandingan Seni Suara Burung Murai Pesko 2019 yang berlangsung di Laman Monsun, UMK Bachok. Kemerduan suara dan kelincahan burung murai dipertandingan bagi merebut hadiah best of the best Piala Raja Murai.

Sungguhpun ketika ini rakyat Kelantan dalam tempoh berkabung berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, ianya tidak menghalang pihak urusetia Pesta Konvo untuk tampil dengan aktiviti santai bersama komuniti.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK

 WhatsApp Image 2019 10 20 at 10.25.54 AM

Web Traffic

2.png8.png5.png4.png0.png2.png
Today335
Yesterday402
This week1653
This month7250
Total285402

Who Is Online

2
Online

2024-04-26

Search