GLOBAL

General

42 KERTAS KERJA PENYELIDIKAN KEMANUSIAAN DAN BAHASA DIBENTANGKAN DI KOLOKIOUM ANTARABANGSA IeCLH 2020

BACHOK 23 Disember I Sebanyak 42 kertas kerja berkaitan bidang penyelidikan kemanusiaan dan bahasa dibentang pada International e-Colloquium in Language and Humanities (IeCLH) 2020 pada 9 Disember 2020.

Timbalan Pengarah (Penyelidikan, Inovasi dan Pascasiswazah), Prof. Madya Dr. Yohan Kurniawan berkata, kolokium antarabangsa kali kedua ini adalah anjuran Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insanaih (PBI) yang membentangkan 42 kertas kerja dari Malaysia dan luar negara.

Katanya, IeCLH 2020 yang diketuai oleh Dr. Mohd Kamil Bin Ahmad ini mengambil tema: Establishing Knowledge Network for Society Empowerment, dan telah dirasmikan oleh Pengarah PBI, Dr. Burhan Che Daud serta menggunakan platform Google Meet untuk pembentangan berikutan penularan pandemik Covid 19.

“Objektif penganjuran kolokium ini adalah untuk perkongsian pengetahuan dan membangunkan kerjasama dalam bidang penyelidikan berkaitan kemanusiaan dan bahasa dengan ahli akademik di rantau Asia Tenggara.

“Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menonjolkan kepakaran staf akademik PBI di peringkat antarabangsa sekaligus untuk meningkatkan penerbitan ilmiah di PBI,” katanya.

IeCLH2020 ini telah mendapat liputan yang meluas apabila disertai oleh 42 peserta daripada empat negara ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand.

Dr. Yohan berkata, pihak kami telah menerima sembilan kertas kerja daripada luar negara dan 33 kertas kerja daripada UMK, Universiti Awam serta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia.

“Sesi pembentangan kolokium IeCLH 2020 telah dibahagikan menjadi empat kumpulan iaitu 2 kumpulan bidang Bahasa dan 2 kumpulan bidang Kemanusiaan.

“Manakala, bahan-bahan hasil daripada rumusan kolokium ini akan diterbitkan dalam buku abstrak yang seterusnya artikel yang dibentangkan ini akan diterbitkan dalam Jurnal Insaniah, PBI sebagai edisi khas 2021 nanti, dan juga akan diterbitkan dalam bentuk bab dalam buku,” katanya

Web Traffic

2.png7.png7.png6.png5.png2.png
Today266
Yesterday403
This week1645
This month8543
Total277652

Who Is Online

2
Online

2024-03-29

Search