GLOBAL

General

UMK ANJUR SESI TAKLIMAT PENGAJIAN SEPARUH MASA KEPADA ANGGOTA PDRM

Sesi taklimat selama dua jam itu dihadiri oleh Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Peringkat Kontinjen Kelantan diadakan bertujuan untuk mendapat maklumat tepat berkaitan peluang pendidikan kepada anggota PDRM untuk mengikuti program pengajian yang ditawarkan di peringkat Pra Siswazah dan Pasca Siswazah di UMK.

Program pengajian prasiswazah yang ditawarkan ialah Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan), Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran), Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan).

Sementara itu, program pascasiswazah di peringkat sarjana dan kedoktoran, MGSEB menawarkan program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA).

Antara pengisian utama iakah sesi penerangan dan sesi soal jawab yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob, Pengarah UMKCEE, Prof. Madya Ts. Dr. Zuraimi Abdul Aziz dan Pengarah MGSEB, Dr. Dzulkifli Mukhtar.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kelantan, YDH SAC Abdullah Mohammad Piah, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen, YDH SUPT Zulkifli Mat Deris dan Pegawai Turus Pentadbiran Kontinjen Kelantan, YDH DSP Mohamad Ismail Jamaluddin.

Oleh:
Pusat Komunikasi Korporat

taklimat pdrm2

taklimat pdrm3

Web Traffic

2.png7.png7.png4.png4.png4.png
Today58
Yesterday403
This week1437
This month8335
Total277444

Who Is Online

1
Online

2024-03-29

Search