GLOBAL

General

UMK DAN AL BUKHARY INTERNATIONAL UNIVERSITY SEPAKAT JALIN KERJASAMA

ALOR SETAR 12 Julai I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan dengan Al Bukhary International University (AIU) dalam usaha memperkukuhkan lagi hubungan kedua- dua pihak secara formal untuk melaksanakan pelbagai kerjasama akademik dan penyelidikan.

Majlis MoU itu ditandatangani oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail manakala AIU diwakili oleh Naib Canselornya, Prof. Dato’ Dr. Abd. Aziz Tajuddin bertempat di Foyer Bangunan Canseleri AIU, Alor Setar, Kedah, pada 9 Julai 2020.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) AIU, Prof. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail.

Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, MoU ini adalah sebagai usaha untuk melestarikan kerjasama di antara UMK dengan AIU dengan lebih serius bagi menghasilkan gerak kerja bersama dengan tujuan kolaborasi dalam pelbagai bidang.

Katanya, ini adalah berkaitan dengan kerjasama dalam penyelidikan, pengurusan kemiskinan, perusahaan dan keusahawanan sosial serta perniagaan sosial atau social business.

“Usaha kerjasama ini adalah signifikan kerana kita mempunyai banyak persamaan, khususnya berkaitan keusahawanan dan perniagaan sosial.

“Saya percaya kerjasama ini akan mendatangkan impak besar yang bukan sahaja kepada UMK dan AIU, tetapi juga kepada komuniti yang memerlukan,” katanya.

Beliau percaya usaha ini akan memberi manfaat kepada semua pihak khususnya kepada pelajar dan pensyarah di kedua-dua Universiti.

“Saya masih ingat pada kata-kata Presiden Massachusetts Institute of Technology (MIT), iaitu Rafael Reif, apabila beliau ditanya rahsia kejayaan MIT dan beliau hanya menjawab dengan satu perkataan sahaja, iaitu COLLABORATION.

“Justeru, UMK amat berbesar hati dengan jalinan koloborasi ini untuk mencapai matlamat yang dipersetujui dengan menghasilkan gerak kerja yang lebih tersusun.

“Pihak UMK mengucapkan ribuan terima kasih kepada AIU kerana sudi memeterai MoU dengan UMK,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

moauni2

Web Traffic

2.png8.png3.png1.png9.png5.png
Today201
Yesterday273
This week1546
This month5043
Total283195

Who Is Online

2
Online

2024-04-19

Search