GLOBAL

General

KARNIVAL INDUSTRI ASAS TANI 2019 (AGX 19) UMK CATAT ANGKA KUNJUNGAN DI LUAR DUGAAN

JELI 29 September I Karnival Industri Asas Tani 2019 (AGX 19) yang diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung dalam kalangan pelajar dan masyarakat setempat khususnya di sekitar Jeli dan beberapa daerah lain di seluruh Kelantan.

Angka kunjungan yang diluar dari jangkaan.

Karnival AGX’19 bertemakan Rejuvenasi Pertanian Ke Arah Revolusi Perindustrian 4.0 anjuran Fakulti Industri Asas Tani (FIAT) berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 September 2019.

Pengarah UMK Kampus Jeli, Prof. Dr. Nik Marzuki Sidik, berkata penganjuran karnival AGX’ 19 adalah dengan misi utamanya memfokuskan aspek penternakan sebagai kunci utama bagi memberi pendedahan kepada kepentingan teknologi pertanian melalui teknik amalan pertanian yang betul dan cabaran revolusi pertanian di era IR4.0.

Selain itu, karnival ini adalah platform terbaik untuk memberi pendedahan kepada orang ramai bagi mendapatkan maklumat tentang peluang Keusahawanan dalam bidang pertanian dan industri asas tani.

“Bagi memeriahkan AGX’19, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti jualan niaga daripada agensi kerajaan dan swasta termasuklah pelajar UMK Kampus Jeli. Keistimewaan karnival kali ini juga terdapat gerai-gerai bertemakan negeri negeri di Malaysia,” katanya pada Majlis Perasmian Penutupan AGX’19 di Dewan Utama, UMK Kampus Jeli, pada 29 September 2019.

Turut hadir, Dekan FIAT selaku Pengarah AGX’ 19, Prof. Madya Dr. Seri Intan Mokhtar, Mantan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Dr. Abu Hassan Muhammad Ali dan Pengerusi Sekretarial Program AGX 19, Dr. Zul Ariff Abdul Latif.

Sementara itu, Prof. Madya Seri Intan berkata, karnival AGX juga sebagai usaha untuk memasyarakatkan UMK Kampus Jeli dengan masyarakat sekeliling khususnya masyarakat Jeli. Hubungan akrab antara universiti dan masyarakat yang mewujudkan istilah Universiti untuk masyarakat dan masyarakat untuk universiti.

Beliau berkata, platform ini juga bagi memberi galakan kepada generasi muda terutamanya kanak-kanak untuk memberi galakan kepada minat dalam industri pertanian.

“Pada AGX 19, jumlah kehadiran kanak-kanak begitu luar biasa dan ini salah satu platform untuk memberi pendedahan awal bagi menarik minat untuk mengetahui apa itu pertanian dan penternakan.

“Selain itu, teknologi fertigasi turut mendapat perhatian orang ramai yang berminat untuk mendapat maklumat tepat berkenaan teknik penanaman berteknologi baharu yang terbukti memberi kesan yang baik pada tanaman sayuran dan buah-buahan,” katanya.

Turut diadakan pada majlis ini ialah pelancaran empat buku terbitan Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu serta FIAT bertajuk Tropikal Fruits Vinegars (Dr. Zul Ariff Abdul Latiff, Prof. Madya Dr. Mohammad Amizi Ayob dan Prof. Madya Dr. Seri Intan), buku bertajuk Asas Statistik untuk Sains Gunaan (En. Mohd Fauzee Jusoh, Prof. Madya Dr. Amizi dan Dr. Zull Ariff), buku bertajuk Hidroponik ABC (En. Mohd Mahmod) dan buku bertajuk Memori Karnival AGX 2017 oleh Dr. Sugarthi dan Dr. Maryana Mohd Nor.

karnival2

Web Traffic

2.png7.png7.png3.png4.png3.png
Today360
Yesterday405
This week1336
This month8234
Total277343

Who Is Online

1
Online

2024-03-28

Search