GLOBAL

General

UMK TERIMA 2,599 MAHASISWA BAHARU SEMESTER SEPTEMBER SESI AKADEMIK 2019/2020

PENGKALAN CHEPA 1 September I Universiti Malaysia Kelantan (UMK)menerima kemasukan 2,599 calon dari lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setaraf bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Semester September Sesi Akademik 2019/2020 di ketiga-tiga kampus UMK.

Daripada jumlah itu, UMK mencatat jumlah kemasukan sebanyak 98.52 peratus dengan seramai 1552 pelajar baharu di UMK Kampus Kota, 707 pelajar di UMK Bachok manakala di Kampus Jeli pula seramai 340 orang.

Jumlah tersebut dijangka terus meningkat sehingga tempoh rayuan berakhir bagi sesi pendaftaran kemasukan yang berlangsung pada 18 September 2019.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd. Rafi Yaacob berkata, peratusan pelajar baharu yang telah bersetuju untuk menerima tawaran menyambung pengajian di UMK menunjukkan peningkatan berbanding sesi lepas.

Beliau menyifatkan jumlah itu menunjukkan kepercayaan bermakna yang diberikan kepada UMK sebagai Universiti Keusahawanan di negara ini.

mahasiswa2Katanya, pada tahun ini UMK menawarkan tempat sebanyak 3625 bagi menyambung pelajaran di lapan fakulti bagi 32 program peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian selama empat tahun.

“Kesemua pelajar yang mendaftarkan diri ini akan mengikuti pelbagai program akademik yang ditawarkan oleh lapan (8) fakulti iaituFakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Fakulti Senibina dan Ekistik (FAE), Fakulti Industri Asas Tani (FIAT), Fakulti Sains Bumi (FSB) dan Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT),” katanya pada hari pendaftaran pelajar dan Minggu Mesra Mahasiswa (3M) di UMK Bachok, Tangok, Kelantan, semalam.

Proses pendaftaran pelajar baharu program turut diadakan di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa dan UMK Kampus Jeli serentak.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata, proses pendaftaran pelajar baharu berjalan lancar hari ini dengan Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar atau dikenali dengan nama SMIS kendalian Pusat Komputeran dan Informatik (CCI) UMK telah digunakan bagi melancarkan sesi pendaftaran.

Katanya, sistem SMIS ini digunakan daripada awal pelajar baharu tiba ke UMK, mereka hanya perlu mengimbas barcode yang terdapat di surat tawaran bagi mendapatkan kunci bilik dan cenderahati.

“Menerusi sistem ini, proses pembahagian bilik dapat dilakukan sepenuhnya sebelum hari pendaftaran setelah pelajar diaktifkan terlebih dahulu oleh bahagian akademik melalui Sistem Kemasukan Pelajar.

“Ini telah menjimatkan masa pada hari pendaftaran tersebut dan pelajar begitu bersemangat untuk memulakan pengajian.
Selain itu, kerjasama Serketariat Sukarelawan Siswa 3M, urusetia, semua staf dan pengurusan universiti berjaya melancarkan proses pendaftaran.

Menurut Prof. Ts. Dr. Zaliman, sempena hari pendaftaran pelajar baharu ini satu taklimat kepada ibu bapa telah diadakan di Dewan Keusahawanan oleh pihak pengurusan UMK dan fakulti untuk berkenaan universiti dan pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran di UMK.

“Pelbagai aktiviti telah dirangka dan akan dijalankan sepanjang minggu Minggu Mesra Mahasiswa (3M), bermula 1 hingga 5 September 2019, untuk membantu pelajar baharu mengenali dan menyesuaikan diri dengan suasana di kampus,”katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat
Foto I Al Azam Razi & Ab Halim Hafiz Ab Aziz

mahasiswa3

Web Traffic

2.png8.png3.png5.png0.png3.png
Today218
Yesterday291
This week1854
This month5351
Total283503

Who Is Online

2
Online

2024-04-20

Search