GLOBAL

General

KEMPEN PROGRAM READ & SHARE@UMK 2021 SECARA MAYA BACHOK

BACHOK I Pejabat Perpustakaan Dan Pengurusan Ilmu (PPI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah melancarkan Kempen Galakan Membaca Read@UNi di rumah berikutan negara masih dalam menghadapi pendemik Covic-19.

Pelancaran secara atas talian itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Noor Azizi Ismail dengan fokus utama program untuk memupuk semangat membaca dalam kalangan warga UMK ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Program Read & Share@UMK 2021 ini turut mendapat kerjasama Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI) melalui inisatif bersama American Corner Kelantan (UMK), yang disiarkan pada secara langsung di Facebook OfficialUMK, pada 13 Januari 2021.

Menurut Penyelaras Program Read & Share@UMK 2021, En. Pahmi Abdullah, program ini buat pertama kalinya dilaksanakan secara online bagi memupuk minat membaca secara berterusan bagi warga kampus UMK mengamalkan normal baharu disebabkan pendamik Covic-19.

Katanya, walaupun keadaan negara dalam menghadapi pendamik Covic-19, pihak PPI sentiasa memberi komitmen berterusan bagi menyokong Kempen Galakan Membaca Read@UNi untuk menggalakkan warga kampus UMK membaca.

“Bertepatan dengan tagline “Membaca Jambatan Ilmu”, budaya membaca yang disemarakkan ini diharapkan dapat meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah Mahasiswa.

“Sokongan daripada warga UMK penting untuk memberikan sepenuh komitmen terhadap kempen galakan membaca ini bukan sahaja demi kecemerlangan universiti malah juga demi kecemerlangan diri sendiri melalui budaya cintakan ilmu sepanjang masa,” katanya.

Menurut penyelaras bersama program tersebut, Puan Sarah Nadia Ahmad, penyertaan kali ini juga mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pelajar dan staf UMK sendiri dimana seramai 100 orang peserta telah berkongsi buku yang mereka baca.

Sesi perkongsian tersebut diadakan dalam lima Parallel Session Read & Share@UMK 2021 melalui Google Meet Platform yang telah dikelolakan oleh moderator-moderator dari kalangan pensyarah dan guru bahasa Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI).

Web Traffic

2.png8.png4.png6.png3.png2.png
Today314
Yesterday281
This week883
This month6480
Total284632

Who Is Online

1
Online

2024-04-24

Search