GLOBAL

General

PERSEDIAAN KEMASUKAN SEMULA PELAJAR UMK KE KAMPUS

BACHOK 9 Februari I Susulan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi bagi Kemasukan Pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi 2021 bertarikh 31 Disember 2020, pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah membuat persediaan rapi untuk menerima enam kategori kemasukan semula pelajar ke kampus secara fizikal bermula 1 Mac 2021 bagi mengikuti proses pengajaran & pembelajaran (PdP) secara hybrid iaitu secara fizikal dan secara dalam talian.

Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Noor Azizi Ismail berkata, pihak universiti telah menyediakan garis panduan lengkap berkenaan kemasukan pelajar mengikut enam kategori tersebut dan surat kebenaran untuk kembali ke kampus akan mula diedarkan kepada pelajar-pelajar berkenaan pada pertengahan bulan Februari ini.

Katanya, seramai 2000 pelajar akan mula mendaftar masuk ke kolej kediaman dengan beberapa fasa kemasukan manakala bagi kategori pelajar yang berisiko (melibatkan pelajar dari zon merah, Sabah dan Sarawak) akan dikuarantin terlebih dahulu selama 10 hari sebelum memulakan pengajian pada semester baharu.

“Semua aktiviti akademik yang akan berlaku di kampus nanti dijalankan sepenuhnya dengan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak UMK dan mengutamakan langkah-langkah keselamatan serta mengamalkan pembudayaan norma baharu seperti sentiasa memakai pelitup muka, menggunakan cecair pembasmi kuman serta menjaga penjarakan sosial,” katanya pada majlis sesi penyerahan faceshield dan hand sanitizer kepada pengamal media Kelantan.

Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Noor Azizi berkata, Istiadat Konvokesyen UMK Kali Ke-10 dijangka akan berlangsung secara maya pada 3 April 2021 (tertakluk kepada perkenan oleh Tuanku Canselor).

“Ini berikutan penangguhan Istiadat Konvokesyen Ke 10 pada Oktober 2020 disebabkan penularan wabak COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pegerakan Permulihan (PKPP) di seluruh negara.

“Justeru, Universiti mengambil maklum dan bahawa pelaksanaan istiadat konvokesyen ini akan dilangsungkan secara dalam talian sepenuhnya dan proses penganugerahan kepada para graduan akan disempurnakan oleh Tuanku Canselor.

“Kaedah penganjuran ini dalam pembudayaan norma baharu dan para graduan serta ibu bapa akan mengikuti siaran secara langsung di Facebook Rasmi UMK pada tarikh tersebut.

“Proses penganugerahan secara maya ini juga merupakan penganjuran kali kedua selepas Majlis Ikrar dan Pendaftaran Iktisas Kedoktoran Veterinar yang telah diadakan menerusi media sosial rasmi universiti pada 30 November 2020,” katanya.

Konsep penganjuran istiadat ini masih mengekalkan perjalanan fungsi majlis, cuma pelaksanaan dijalankan secara maya sepenuhnya tanpa kehadiran secara fizikal di dewan konvokesyen.

Web Traffic

2.png8.png3.png1.png4.png4.png
Today150
Yesterday273
This week1495
This month4992
Total283144

Who Is Online

1
Online

2024-04-19

Search