GLOBAL

General

785 PELAJAR UMK MULA MENDAFTAR MASUK KE KAMPUS HARI INI

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, segala persiapan telah diatur lebih awal oleh pejabat HEPA untuk menyambut kehadiran pelajar UMK dari seluruh negara selepas ketiga-tiga kampusnya yang ditutup berikutan penularan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, kebenaran kemasukan pelajar ke kampus ini berdasarkan saranan pekeliling oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang membenarkan enam kategori pelajar institusi pendidikan tinggi kembali ke kampus secara fizikal bermula 1 Mac ini bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara fizikal dan pengajian dalam talian dengan norma baharu serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Pelajar ini merupakan kategori yang berkeperluan khas iaitu mereka yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas, pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian.

“Langkah itu bagi memastikan mereka dapat menjalani pengajian dalam suasana kondusif yang tidak menjejaskan kecemerlangan akademik. Dalam pada itu, bagi kategori pelajar antarabangsa semua pelajar sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom juga dibenarkan kembali ke kampus.,” katanya.

Sementara itu, Prof. Dr. Zaliman memaklumkan bahawa proses pendaftaran pelajar untuk kemasukkan pelajar dibuat secara Pandu Lalu/ Drive Thru dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang dimana pelajar perlu mengemukan dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran.

“Waris tidak dibenarkan untuk berada di kolej kediaman, namun demikian hanya seorang sahaja waris dibenarkan untuk membawa barang-barang pelajar ke dalam bilik penginapan,” katanya.

Menurut Prof. Dr. Zaliman Sauli, pihak UMK turut memantau pelajar yang berasal dari Zon PKP dan PKPB untuk menjalani proses pengasingan selama 10 hari bagi mengurangkan risiko penularan.

“Setiap pelajar ditempatkan seorang sebilik sebagaimana pekeliling oleh KPT dengan SOP ketat dimana pelajar dibenarkan keluar dari kampus hanya untuk mendapatkan makanan secara bungkus dan keperluan harian bagi kampus yang tiada perkhidmatan kafetaria iaitu Kampus Kota atau UMK Bachok pada waktu yang ditetapkan.

“Kami juga memastikan pelajar mempunyai cukup barangan keperluan terutama sepanjang tempoh 10 hari tempoh pengasingan dijalankan atau mendapatkan barangan keperluan secara mingguan.

“Pemantauan kesihatan secara pemakluman status kendiri oleh pelajar akan dilakukan oleh pihak PKU secara harian sebanyak DUA kali sehari dimana pelajar diminta mengisi status risiko dan gejala secara harian sebanyak dua kali sehari iaitu sebelum jam 8.00 pagi dan sebelum jam 4.00 petang. Pelajar akan dibenarkan untuk tinggal di rumah sewa selepas tamat tempoh pengasingan,” katanya.

Prof. Dr. Zaliman turut memaklumkan bagi mengekang penularan jangkitan semua pelajar diminta mengamalkan langkah langkah asas kawalan jangkitan secara ketat sepanjang berada di kampus UMK.

Katanya, tanggungjawab ini terletak sepenuhnya bagi semua komuniti UMK baik pelajar mahupun staf iaitu pelajar DIWAJIBKAN untuk mengimbas kod QR MySejahtera setiap kali keluar masuk dari Kolej Kediaman dan Kolej Kediaman.

“Pelajar perlu mendapatkan rawatan terus di PKU dengan segera apabila mempunyai sebarang gejala berkaitan Covid19. Mereka perlu sentiasa memakai pelitup muka dengan cara yang betul semasa berada di tempat awam atau apabila berada bersama rakan atau mana mana staf, baik di dalam kampus atau semasa di luar dari kampus.

“SOP biasa perlu diamalkan seperti sentiasa kerap membersihkan tangan dengan cecair pencuci tangan berasaskan alkohol atau dengan sabun dan air bersih dengan mengamalkan penjarakan sosial dengan mana mana individu pada setiap masa dan keadaan. Ini antara langkah keselamatan yang dilakukan oleh UMK untuk memastikan mereka dapat belajar dalam keadaan selamat dan selesa,” katanya.

Web Traffic

2.png8.png3.png4.png3.png4.png
Today149
Yesterday291
This week1785
This month5282
Total283434

Who Is Online

1
Online

2024-04-20

Search