GLOBAL

General

UMK DAN UMB TANDATANGAN MOU DAN MOA BAGI KERJASAMA ANTARABANGSA

BACHOK 18 Mac 2021 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universitas Mercu Buana (UMB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) bagi menjalinkan kerjasama dua hala untuk meningkatkan kerjasama yang lebih sistematik dalam bidang penyelidikan, penerbitan, akademik serta khidmat masyarakat di antara kedua-dua buah negara.

Majlis menandatangani kedua-dua persefahaman tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMK, Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob dan Rektor UMB, Prof. Dr. Ngadino Surip, secara langsung dalam talian di laman rasmi Facebook UMK, pada 18 Mac 2021.

Perjanjian kerjasama itu, turut disaksikan oleh Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Dr. Hanisa Hassan dan Direktur Inovasi Alumni dan Kerjasama Antarabangsa UMB, Dr. Adi Nurmahdi.
Sebelum ini, kerjasama di peringkat awal antara UMK dan UMB telah dilaksanakan melibatkan geran penyelidikan padanan (matching grant) bernilai RM76,000.00 untuk kajian tekstil khususnya batik serta kajian mengenai warisan budaya di kedua-dua buah negara.

Menurut Prof. Dr. Mohd Rafi, kerjasama dua hala ini juga melibatkan pertukaran tenaga pakar fakulti, penyelidik, kakitangan akademik, dan pelajar seperti sabatikal, post doktoral ataupun pertukaran pensyarah (mobiliti) antara kedua buah universiti.

Selain itu, kerjasama turut dilaksanakan oleh kedua-dua piahk untuk hasil kesusasteraan, hasil penyelidikan dan penerbitan yang berkaitan.

“Kerjasama ini turut membincangkan berkenaan program ijazah bersama (joint degree) atau ijazah berganda (double degree) dan memastikan pemindahan kredit serta pengiktirafan bersama bagi kursus-kursus dan ijazah.

“Kedua-dua pihak akan menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti kuliah tamu, mengadakan penyeliaan bersama bagi pelajar pasca siswazah, menggalakkan penyertaan ahli-ahli fakulti dan pelajar di kongres pendidikan, persidangan, bengkel, simposium, kursus latihan, pameran, dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.

“Pada masa sama, UMK dan UMB juga akan mengadakan program khidmat masyarakat secara bersama dan akan mempertimbangkan sebarang usaha kolaborasi lain yang bersesuaian,” katanya.
Beliau berharap kerjasama kedua-dua perjanjian ini akan merancakkan lagi bidang-bidang kerjasama diantara kedua-dua buah universiti dan dapat memberi impak yang cemerlang dalam jangka masa panjang.

memorandum

Web Traffic

2.png7.png7.png3.png5.png7.png
Today374
Yesterday405
This week1350
This month8248
Total277357

Who Is Online

3
Online

2024-03-28

Search