GLOBAL

General

DATO’ M. NASIR PUKAU 200 SISWA UMK

BERJALAN di tanah gersang, Mentari mencekam dada, Debu-debu di jalanan, Menjadi teman setia.

Tiada lain tujuanku, Hati emas yang ku cari, Kisahnya di hujung dunia, Mengapa tak ku temui.

Sesuai dengan genrenya yang agak rancak, bait-bait lagu Hati Emas dendangan oleh Dato’ M Nasir ternyata berjaya memukau 200 siswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sekaligus mengubat rindu para peminat-peminat tegar vokalis Kumpulan Kembara dengan satu persembahan bertenaga.

Kegilaan untuk melihat aksi secara langsung Dato’ M Nasir dengan aksi lincah juga mengheret siswa dan peserta untuk bersama-sama berdiri, menari dan menyanyi.

mnasir-2Suasana Auditorium, Bangunan BAP, UMK Kampus Bachok menjadi hingar bingar dengan alunan muzik kumpulan band pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) turut berpadu suara dengan penghibur berbakat besar itu mengalunkan lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Persembahan Dato’ M. Nasir cukup bertenaga sebagai memenuhi permintaan para peserta yang bersorak meminta beliau mendendangkan lagu Hati Emas yang dipersembahkan oleh band FTKW.

Dato’ M. Nasir atau nama sebenar Mohd Nasir Mohamed iaitu komposer, penerbit album, penyanyi, penulis lirik, pelakon dan pengarah filem hadir sebagai tenaga pengajar dan penceramah untuk Bengkel Hakcipta, Bikin Lagu dan Muzik Video.

Bengkel dua hari bermula 5 sehingga 6 November 2017 adalah anjuran syarikat Luncai Emas Sdn Bhd selaku syarikat rakaman yang memiliki lebih 25 tahun pengalaman di dalam industri muzik dengan kerjasama daripada Perbadanan Filem Nasional (FINAS) dan FTKW.

Menurut Dekan FTKW, Prof. Madya. Madya Ahamad Tarmizi Azizan, program ini mendapat penyertaan daripada hampir 200 peserta terdiri daripada kalangan pelajar industri kreatif FTKW, penggiat-penggiat seni dan individu bagi mendapat pendedahan dan mendapat faedah daripada industri sebenar dalam konteks kepentingan hak cipta dalam bidang industri kreatif khususnya bagi produk yang bersifat abstrak dan bernilai estetik.

Katanya, dalam era Revolusi 4.0 (4IR) dan IoT, penggunaan gajet dan telefon pintar membantu generasi Z masa kini untuk berkarya dengan lebih mudah dan pantas namun isu hak cipta hendaklah diberikan perhatian khusus kerana penjanaan pendapatan dan keempunyaan karya akan hilang sekiranya kefahaman berkaitan isu hak cipta dipandang remeh.

“Selain itu para peserta didedahkan dengan cara mendaftarkan harta intelek (IP) karya lagu/ lirik, pemasaran digital, promosi radio serta pengurusan hakcipta dan royalti disamping penerbitan muzik video untuk lagu yang akan dipasarkan nanti,” katanya.

Tambah beliau, pembelajaran secara langsung oleh para siswazah dengan penggiat dan pemain industri memberikan kelebihan kepada siswazah FTKW dan UMK akan daya saing di pasaran agar mereka lebih bersedia dan sentiasa meneroka dan mendapat ilmu baharu yang sentiasa berkembang pantas.

Sementara itu, Dato’ M. Nasir berkata, bengkel yang diadakan dengan 70 peratus objektif penganjurannya dan mesej yang hendak disampaikan tercapai khususnya dalam konteks kesedaran hak cipta, karya yang berkualiti dan pengkomersialan sesebuah karya muzik.

Beliau berkata, para peserta yang menyertai bengkel ini turut didedahkan dengan potensi kerjaya sebagai pemuzik, komposer dan penulis lirik.

mnasir

Web Traffic

2.png8.png5.png3.png6.png1.png
Today294
Yesterday402
This week1612
This month7209
Total285361

Who Is Online

2
Online

2024-04-26

Search