GLOBAL

General

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN SESI 2014/2015

UMK JADI UNIVERSITI AWAM PERTAMA APLIKASIKAN TEKNOLOGI iPAD DI MALAYSIA

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) melakar sejarah pertama sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menggunakan aplikasi tablet iPad sepenuhnya dalam semua pengajaran dan pembelajaran pelajar pra siswazah pada pengambilan Semester 2014/2015.

Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Rose berkata, UMK kini menjadi pemangkin kepada kerancakan pembangunan industri digital di negara ini untuk mencipta kelainan dan keunikannya yang tersendiri.

Beliau berkata, ini juga bertepatan dalam usaha universiti untuk mewujudkan sistem pembelajaran berkonsepkan virtual campus dan bercirikan pembelajaran terkini kepada semua pelajar baharu yang melanjutkan pengajian di universiti tersebut.

“Pengagihan iPad ini akan diberikan kepada semua pelajar baharu selepas dilancarkan sepenuhnya pada 18 September 2014, ini sebagai peranti pemudahcara dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) di bilik kuliah.

“Pada semester ini juga, UMK turut menggunakan konsep kelas interaktif yang disusun secara diagonal dan papan tulis pelbagai dimensi yang direka bagi meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dengan 'menconteng' dinding menggunakan pena khas bagi menimbulkan keseronokan ketika sesi kuliah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari pendaftaran pelajar baharu dan Minggu Mesra Mahasiswa (3M) di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 1 September 2014.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Roselina binti Ahmad Saufi dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), YBhg. Prof. Dr. Mohamad Kamal bin Harun.

Sementara itu, Prof. Datuk Dr. Raduan, berkata, UMK telah menerima seramai 2,628 pelajar baharu yang akan mengikuti 24 program akademik bagi semester 2014/15 di ketiga-tiga kampus iaitu di UMK Kampus Kota, UMK Kampus Bachok dan UMK Kampus Jeli.

Tambah beliau, jumlah tersebut adalah sebahagian daripada 3,100 tempat yang ditawarkan oleh UMK untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda masing-masing.

“Sebagai universiti baharu, UMK telah mencapai sasaran prajaya dan pelajar yang menerima tawaran sebanyak 100 peratus dan jumlah ini adalah yang betul-betul memilih UMK sebagai institusi untuk mereka melanjutkan pengajian,” ujarnya.

Dengan jumlah kemasukan tersebut, jumlah enrolmen pelajar ialah seramai 9,119 orang pelajar yang mengikuti pengajian serentak di peringkat pra-siswazah dan pasca-siswazah.

Prof. Datuk Dr. Raduan berkata, ini satu perkembangan yang positif dan memberi makna kepada universiti kerana ini bukan perkara mudah terutamanya dalam usaha yang telah dilakukan.

Namun, apa yang paling penting ialah program akademik kita yang mempunyai kualiti dan kredibiliti yang setanding dengan institusi pengajian tinggi awam lain, malah kita juga dapat bersaing di di peringkat antarabangsa.

 “Contohnya, kita menjadi rakan kongsi strategik dengan Babson College, di Boston, yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai sebuah universiti terunggul di dunia,” jelas beliau.

Pada masa yang sama, bagi memenuhi keperluan sebagai institusi pengajian, UMK telah menambahkan bilangan pensyarah yang berkelayakan PhD temasuklah staf akademik yang aktif mempunyai kelayakan kedoktoran (PhD).

Dalam pada itu, Prof. Datuk Dr. Raduan, turut menyentuh tentang pembangunan kampus induk UMK Kampus Bachok yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2016.

Jelas beliau, pembangunan kampus tersebut adalah melalui peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM226 juta untuk peruntukan itu adalah bagi melaksanakan projek pembangunan infrastruktur UMK yang merangkumi bangunan canselori, dewan besar, pusat Islam, pusat pelajar dan perpustakaan.

Mengulas penggunaan iPad, Ku Ahmad Lutfi bin Ku Mohd Nor, pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda (Kewangan dan Perbankan Islam), Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, berkata, penggunaan tablet iPad sepenuhnya dalam P & P di UMK adalah suatu langkah yang bijak.

“Saya amat teruja selepas mendapat tahu bahawa setiap pelajar baharu akan diberikan iPad untuk digunakan semasa belajar di UMK,” katanya.

Bagi Noor Maniza binti Hajiman, pelajar Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, beliau diberitahu bahawa melalui penggunaan iPad pelajar digalakkan berhubung dengan tenaga pengajar melalui aplikasi teknologi tablet tersebut.

“Langkah UMK juga baik, ini kerana pelajar dapat mempratikkan sepenuhnya pembelajaran melalui perkembangan Facetime, Skype, Facebook dan aplikasi khas yang boleh diakses pada bila-bila masa,” jelasnya

pendaftaran4

Web Traffic

2.png7.png7.png3.png1.png8.png
Today335
Yesterday405
This week1311
This month8209
Total277318

Who Is Online

2
Online

2024-03-28

Search