GLOBAL

General

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN DAN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD JALIN KERJASAMA STRATEGIK

BACHOK 21 Mac 2021 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama Program Pembiayaan Mikro Bangkit atau BangKIT MICROFINANCE.

Menerusi kerjasama strategik ini, usahawan mikro termasuklah usahawan-usahawan siswa boleh memohon Pembiayaan Mikro BangKIT yang memberi manfaat kepada pelajar untuk mendapat pembiayaan pinjaman 0 peratus, tanpa cagaran dan tanpa penjamin.

Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, En. Mohd Muazzam Mohamed, di American Corner, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK Bachok, Kelantan, pada 21 Mac 2021.

Kerjasama itu turut disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob dan Pengurus Besar Hubungan Strategik Bank Islam Malaysia Berhad, Ustaz Mohd Nazri Chik.

Turut hadir, pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Prof. Madya Dr. Wan Amir Zal Wan Ismail, Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan , Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi dan  Pengurus Wilyah Timur BIMB, Puan Rosmawati Mohamed Zin.

Prof. Dato’ Dr. Noor Azizi berkata, UMK melalui InsPeK dan FKP amat berbesar hati kerana pihak BIMB sudi untuk bekerjasama bagi menjayakan program BangKIT Microfinance untuk menjadi pembawa perubahan atau change maker.

Katanya, dengan kerjasama dan persefahaman akan memberi manfaat kepada UMK khususnya berkaitan dengan penyelidikan dan program pemindahan ilmu berasaskan kemiskinan, potensi keusahawanan dan sebagainya.

Sementara itu, En. Mohd Muazzam berkata, pelaksanaan pembiayaan mikro BangKIT oleh Bank Islam ini sebenarnya mensasarkan kepada golongan usahawan mikro unbankable, ini termasuklah usahawan-usahawan di kalangan mahasiswa.

Beliau percaya, program ini memberi fokus kepada upward mobility iaitu peningkatan taraf hidup kumpulan usahawan mikro ini supaya mereka kelak boleh menjadi bankable.

“Kami yakin dengan pelaksanaan pembiayaan mikro BangKIT bersama UMK ini sedikit sebanyak membantu menyumbang kepada sasaran Kementerian Pengajian Tinggi supaya 15 peratus mahasiswa menceburi bidang keusahawanan.

“Bank Islam mengambil pendekatan bekerjasama dengan dengan rakan pelaksana di kalangan change-makers dalam pembiayaan mikro BangKIT ini,” katanya.

mou

Web Traffic

2.png8.png2.png7.png9.png7.png
Today76
Yesterday340
This week1148
This month4645
Total282797

Who Is Online

5
Online

2024-04-18

Search