GLOBAL

General

UMK DAN KONSUL JENERAL THAILAND TINGKATKAN KERJASAMA AKADEMIK

KOTA BHARU 25 Mac I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Konsul Jeneral Thailand di Malaysia akan meningkatkan lagi hubungan dua hala khususnya melibatkan kerjasama akademik, bidang penyelidikan, mobiliti staf dan pelajar.

Kerjasama ini dilihat untuk memberi peluang kerjasama lebih luas dalam bidang mobiliti, penyelidikan serta pengajaran dan pembelajaran (P&P) menerusi program lawatan balas Konsul Jeneral Thailand ke UMK. Program ini adalah susulan daripada sesi kunjungan hormat Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail ke Konsul Jeneral Thailand di Kota Bharu, Kelantan, pada 16 Mac 2021.

Justeru, sebagai lawatan balas delegasi Konsul Jeneral Thailand, Tuan Mongkol Sinsomboon serta delegasi iaitu Timbalan Konsul Jeneral, Cik Jantarat Ngamchana, Konsul, Cik Salakjit Nakduang, Cik Sirikul Boonyadechaas dan Pn. Sh. Aida, telah mengadakan kunjungan ke UMK Kampus Kota dan UMK Bachok pada 24 Mac 2021.

Pada lawatan itu, satu perbincangan melibatkan pejabat konsulat Thailand dengan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) serta Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) bagi meningkatkan lagi kerjasama antara kedua-dua belah pihak dalam pelbagai bidang berkaitan.

Para delegasi Konsulat Thailand telah dibawa melawat ke Elysian Spa, Basil Leaves dan Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota.

Pada sesi di UMK Bachok, para delegasi telah dibawa melawat ke sekitar kampus serta mengadakan perbincangan bersama-sama warga Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI) mengenai peluang bekerjasama dalam dalam bidang mobiliti, penyelidikan serta pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada masa hadapan.

kerjasama

Web Traffic

0.png6.png1.png2.png9.png
Today149
Yesterday177
This week1323
This month1908
Total6129

Who Is Online

1
Online

2021-04-11

Search