GLOBAL

General

UMK TEMUI BATUAN BERNILAI TINGGI MELALUI PROGRAM INTERNATIONAL GEOMAPPING JELI 2021

JELI - Seramai 48 pelajar Geosains, Fakulti Sains Bumi (FSB), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan 36 mahasiswa jurusan Geologi dari universiti di Indonesia mengikuti Program International Geomapping Jeli (IGJ) 2021 di kawasan Jeli, Kelantan dan sekitarnya, baru-baru ini.

Program anjuran Jabatan Geosains, FSB dengan kerjasama Pusat Antarabangsa UMK itu menerima penyertaan dari Institut Teknologi Bandung, Universitas Jambi, Universitas Tadulako, Universitas Padjadjaran, Universitas Hasanuddin dan Universitas Gadjah Mada.

Peserta antarabangsa mengikuti kajian secara maya dimana pelajar UMK membuat panggilan video kepada peserta antarabangsa bagi menerangkan penemuan batuan hasil daripada kajian pemetaan di lapangan.
Ketua Jabatan Geosains FSB, Dr Wani Sofia Udin, berkata eksplorasi IGJ kali ini merekodkan satu penemuan terpenting hasil dari kajian tersebut iaitu penemuan ketulan batu kecubung atau nama saintifiknya amethyst yang bernilai tinggi ditemui di beberapa lokasi kawasan perlombongan.

Beliau berkata, daripada kajian tersebut para peserta turut menemui ketulan batuan kuartza dan penemuan dragfold iaitu kesan geologikal struktur pada batuan yang amat jarang ditemui.

"Turut ditemui ialah batuan jenis pyrite dan batu gunung berapi di mana dengan penemuan tersebut, pelajar dapat mengkaji morfologi dan mengemaskini peta geologi kawasan Jeli melalui aktiviti pemetaan yang dilakukan.

“Kajian kali ini memberi hasil yang penting kepada para mahasiswa khususnya untuk memberi pendedahan terhadap pemetaan geologi serta mengaplikasikan di dalam kerja lapangan ini," katanya pada Majlis Penutupan

Program International Geomapping Jeli (IGJ) 2021, di Dewan Utama, Umk Kampus Jeli, pada 12 April 2021.

Bagi menjayakan program itu, para peserta dibahagikan kepada 12 kumpulan dan ditempatkan di kawasan-kawasan kajian sekitar Jeli iaitu Bukit Jeli, Bukit Salor, Kampung.Lawar, Kampung Sungai Rual, Lata Chenai,

Sungai Pergau, Sungai Renyok dan Sungai Tadah.

Menurut Dr Wani Sofia lagi, para peserta termasuk pelajar antarabangsa yang mengikuti kajian lapangan secara maya itu melibatkan proses pertukaran pelajaran atau kefahaman secara aktif.

Katanya, peserta diberi tugasan yang berkaitan subjek asas pemetaan untuk dipelajari dan hasil daripada eskpedisi kajian tentang batuan itu mereka berjaya menemui beberapa mineral yang terbaharu.

UMK TEMUI BATUAN BERNILAI TINGGI MELALUI PROGRAM INTERNATIONAL GEOMAPPING JELI 2021

Web Traffic

2.png8.png4.png5.png4.png9.png
Today231
Yesterday281
This week800
This month6397
Total284549

Who Is Online

1
Online

2024-04-24

Search