GLOBAL

General

1,282 PELAJAR UMK PULANG BERAYA SAMBUT AIDILFITRI

BACHOK 10 Mei I Seramai 1,282 pelajar UMK pulang beraya di kampung di kampung halaman masing-masing sempena Operasi Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri.

Proses penghantaran pelajar itu membabitkan 323 pelajar menaiki bas yang disediakan oleh pihak universiti, 51 pelajar pulang dengan menaiki kapal terbang, 531 pelajar diambil ibu bapa masing-masing di kampus dan selebihnya sedang menjalani Latihan Industri di seluruh negara.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak berkata, proses penghantaran pelajar menaiki bas berjalan lancar seperti yang dijadualkan pada 7 hingga 9 Mei.

Katanya, setiap pergerakan pulang pelajar mengikut SOP yang ketat dimana pelajar turut dibuat pemeriksaan suhu dan saringan kesihatan serta bas disanitasi oleh Pusat Kesihatan UMK (PKU).

“Misi penghantaran pulang pelajar pulang itu membabitkan tujuh destinasi iaitu Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Johor, Perak, Pahang dan Terengganu.

“Pelajar akan kembali ke kampus pada 15 dan 16 Mei dan setibanya mereka kembali ke kampus, mereka akan diletakkan dalam pengasingan selama 10 hari bagi mengelak jangkitan COVID-19," katanya.

Turut mengiringi pelepasan pelajar adalah Pengarah Pusat Islam UMK, Prof Madya Dr Mohd Zain Mubarak dan Pengarah PKU, Dr Aswan Ismail.

balikraya

balikraya2

Web Traffic

2.png8.png4.png4.png8.png5.png
Today167
Yesterday281
This week736
This month6333
Total284485

Who Is Online

1
Online

2024-04-24

Search