GLOBAL

General

AGRO TECHNO PARK UMK PACU SEKTOR EKONOMI BERASASKAN PERTANIAN

JELI: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mewujudkan Agro Techno Park (ATP) sebagai platform yang mampu memacu perkembangan sektor pertanian.

Ia bertujuan merealisasikan strategi pemindahan ilmu kepakaran serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada masyarakat, sekali gus menjana ekonomi berasaskan asas tani.

ATP merupakan inisiatif UMK untuk menerapkan kemahiran keusahawanan dan teknikal kepada warganya termasuk penduduk setempat untuk menceburi bidang keusahawanan dalam sektor pertanian.

Pengarah ATP UMK, Dr Ch’ng Huck Yeoh berkata, kaedah itu bertujuan meningkatkan sumber pendapatan universiti dan ekonomi setempat.

Menurutnya, penubuhan ATP sebagai platform terbaik dalam meningkatkan pendapatan dengan penumpuan dalam bidang pertanian.

Katanya, operasi urus tadbirnya di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang diketuai Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah.

Beliau memberitahu secara keseluruhan ATP mempunyai kawasan seluas 120 ekar yang terdiri daripada dua kawasan pertanian iaitu ATP UMK Bachok dan ATP UMK Kampus Jeli.

“Peranan dimainkan Agro Techno Park membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di semua fakulti di UMK.

“Usaha tersebut dilaksanakan sejak l0 tahun lepas dengan menyediakan kemudahan tapak atau infrastruktur bagi tujuan penyelidikan kepada pelajar dan pensyarah di UMK,” katanya.

Tambah beliau, selain itu ATP juga merancang dan membangun infrastruktur pertanian untuk rujukan pelajar, staf dan masyarakat secara Showcase of Agricultural Technology.
Selain itu memberi bantuan khidmat nasihat dan latihan teknikal dalam bidang pertanian.

atp pertanian4Dr Ch’ng yang juga pensyarah Kanan Fakulti Industri Asas Tani (FIAT) berkata, pada masa kini ATP UMK Kampus Jeli membangunkan tapak Germplasm Durian terbesar di Kelantan.

“Tapak ini dibangunkan dengan plot komersial durian dari pelbagai varieti durian seperti Musang King, Duri Hitam dan IOI,” katanya.

Menurutnya, ATP berjaya menanam sebanyak 31 varieti germplasm durian seperti Musang King, D200 Duri Hitam, D175 Udang Merah, D168 IOI (Hajah Hasmah), D164 Ang Rak dan Iain-lain.

Katanya, projek ini berpotensi menjadikan UMK sebagai satu pusat rujukan dan penyelidikan utama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia kepada agensi-agensi dan penyelidik-penyelidik lain.

atp pertanian3Selain itu UMK turut membangunkan komponen pertanian lain seperti tanaman sayur-sayuran menggunakan sistem NFT (Nutrient Film Technique) dan sistem fertigasi, nurseri penjualan pokok dan tumbuhan hiasan, serta ternakan kambing, lembu, itik penelur dan burung puyuh.

Katanya, penanaman sayur-sayuran menggunakan teknologi NFT adalah suatu kaedah tanaman mempunyai akar tumbuh pada lapisan air baja yang tipis dan sentiasa mengalir sehingga tanaman dapat memperolehi cukup air, baja tanaman dan oksigen.

“Kaedah itu mampu meringgan kerja penyelenggaraan proses penanaman berbanding dengan kaedah tanaman di atas tanah yang melibatkan membajak tanah, merumpai, menyiram dan membaja.

“Walaupun kos asas penggunaan teknologi NFT agak tinggi dan memerlukan kemahiran tinggi, namun pulangannya tinggi, cepat dan meringan proses penyelenggaraan menyebabkan ia dipilih sebagai satu kaedah penanaman sayuran semakin popular di Malaysia,” katanya.

atp pertanian2

Web Traffic

2.png8.png3.png1.png3.png3.png
Today139
Yesterday273
This week1484
This month4981
Total283133

Who Is Online

3
Online

2024-04-19

Search