GLOBAL

General

UMK TERIMA DANA RM2,346,000 JUTA UNTUK PROGRAM B40-SUSTAINABLE SOCIAL ENTERPRISE (SSE) UNTUK PEMPROSESAN BULUH BERSEPADU

KOTA BHARU 13 September I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bekerjasama menjayakan Program B40 Sustainable Social Enterprise (SSE) untuk Pemprosesan Buluh Bersepadu sebagai insiatif meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan B40 khususnya dalam tempoh pandemik Covid-19.

Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMK- 11)  bertujuan  untuk  memperkukuhkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan  rakyat terutamanya golongan B40. 

Ketua Program B40 SSE, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal Wan Ishak berkata, pihak TERAJU telah memperuntukkan sebanyak RM2,346,000.00  dibawah pembiayaan  Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) untuk menjayakan program berkenaan.

Beliau berkata, UMK telah dilantik sebagai rakan kongsi strategik untuk bekerjasama membantu meningkatkan kesejahteraan dan sosioekonomi golongan bumiputera B40 khususnya di Jeli, Kelantan.

“Program ini akan  memberi tumpuan kepada kategori projek kluster dengan menggabungkan penduduk tempatan di Jeli termasuk melibatkan golongan B40 dan juga penduduk orang asli di Jeli dengan jumlah minima seramai 50 orang peserta.  

“Untuk melihat keberhasilan pelaksanaan projek ini satu model yang dinamik telah digunapakai dengan  mengambil kira semua faktor seperti penggunaan sistem berteknologi tinggi yang berasaskan sains dan teknologi bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran bahan bakar buluh yang diproses.

“Projek ini dijangka dapat memberi manfaat besar disamping dapat memberi peluang kepada golongan B40 untuk turut serta menambah sumber pendapatan mereka dengan menyertai program ini,” katanya.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal berkata, pemilihan Jeli sebagai tapak pengumpulan bahan mentah kerana di sekitarnya yang kaya dengan sumber alam semula jadi dan ianya boleh membantu golongan B40 untuk menambah sumber pendapatan.

Katanya, penglibatan UMK dalam projek ini akan menggalakkan penanam pokok buluh secara meluas dan juga tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan baru dan meningkatkan penjanaan pendapatan.

“Selain itu, projek ini membolehkan penduduk tempatan terlibat sama di dalam industri produk berasaskan buluh yang membawa kepada sumbangan penting dalam pelbagai industri di Malaysia dan juga boleh dieksport ke luar negara seperti Jepun dan Turki.

Program tersebut diketuai sendiri oleh Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal dan dibantu oleh kumpulan penyelidik UMK iaitu Prof. Madya Dr. Mohamad Najmi Masri, Ts.  Dr. Mazlan Mohamed, En. Mohd Aswawi Isa dan Puan. Alifah Adnan.

Web Traffic

2.png8.png3.png4.png1.png9.png
Today134
Yesterday291
This week1770
This month5267
Total283419

Who Is Online

2
Online

2024-04-20

Search