GLOBAL

General

BANTUAN KOMPUTER RIBA KEPADA PELAJAR ASNAF DAN GOLONGAN B40

KOTA BHARU 22 September I Seramai lapan (8) pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) daripada golongan asnaf menerima komputer riba sumbangan oleh syarikat Celcom Axiata Berhad.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Perhubungan Kerajaan Celcom Axiata Berhad, En. Fadzly Kamaruzaman dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof.

Dr. Razli Che Razak serta Ketua Tanggungjawab Korporat dan Perhubungan Kerajaan Celcom Axiata Berhad, Encik Areehan Hj. Abdullah serta di Bilik Mesyuarat Lembaga Senat, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Program ini adalah inisiatif Celcom Axiata Berhad dengan kerjasama Seksyen Tatatertib dan Kebajikan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UMK.

Menurut Prof. Dr. Razli, sumbangan berupa lapan (8) buah komputer riba oleh Celcom Axiata Berhad ini adalah sebagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) khususnya dalam memberi bantuan kepada golongan atau mereka yang memerlukan.

“InshaAllah, dengan insiatif ini dapat meringankan beban kepada pelajar UMK dari kalangan B40 dan golongan asnaf yang menghadapi masalah kesukaran terutamanya dalam mengikuti proses pembelajaran secara dalam talian.

“Selain itu, kerjasama ini menunjukkan keperihatinan pihak UMK dan Celcom Axiata Berhad sekaligus memperkukuhkan kerjasama dan hubungan erat antara kedua-dua pihak bersama masyarakat,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Celcom Axiata Berhad.

Web Traffic

2.png8.png4.png7.png2.png8.png
Today63
Yesterday347
This week979
This month6576
Total284728

Who Is Online

3
Online

2024-04-25

Search