GLOBAL

General

MICROSOFT DAN UMK ANJUR PROGRAM CODE; WITHOUT BARRIERS PLATFORM TRANSFORMASI SOSIO-EKONOMI DIGITAL DI KELANTAN

KOTA BHARU 7 Oktober I Selaras dengan usaha agenda pendigitalan pendidikan negara, Microsoft dan Universiti Malaysia Kelantan serta 13 lagi organisasi lain berkerjasama dalam menganjurkan program Code; Without Barriers (Atur Cara Kod; Tanpa Sempadan) dengan matlamat untuk merapatkan jurang jantina pengkomputeran awan (cloud computing), Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence) dan teknologi digital.

WhatsApp Image 2021 11 15 at 8.12.19 AMFelo Institut Kepintaran Buatan dan Data Raya (AIBIG) dan juga Pensyarah Kanan Jabatan Sains Data, Dr. Hasyiya Karimah Adli berkata, majlis pelancaran program tersebut telah diadakan secara dalam talian pada 30 September dengan penyertaan dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka dan Bangladesh,

Katanya, program ini turut menerima sokongan dan kerjasama baik dari pelbagai industri antaranya institusi pendidikan, tenaga, perkhidmatan kewangan, sektor awam dan teknologi.

“Program ini turut mendapat kerjasama 21 komuniti pembangun (developers) di seluruh negara di Asia Pasifik dengan capaian lebih daripada 407,000 pembangun dan pengaturcara dalam bidang data, AI, DevOps, Java, JavaScript dan Python.

“Melalui program ini pihak Microsoft menyediakan latihan kemahiran dan pensijilan dalam bidang awan (cloud) dan AI dengan menyertai seminar siri perkongsian bersama mentor di setiap organisasi bersama Microsoft.

“Turut diadakan pameran kerjaya serta penganjuran hackathons dalam memupuk dan membangunkan bakat kumpulan teknikal serta usahawan wanita di negara Asia Pasifik,” katanya.

Sementara itu, program Code, Without Barriers di peringkat UMK ini turut menyediakan platform dalam merapatkan jurang jantina dalam ekosistem IR4.0.

“Sebagai sebuah universiti keusahawanan, UMK juga akan memainkan peranan dalam transformasi sosio-ekonomi era digital di negeri-negeri Pantai Timur, khususnya Kelantan.

“Menerusi penubuhan IR4.0 Competence Centre di UM, ia berfungsi sebagai pusat latihan persijilan profesional untuk melahirkan lebih ramai graduan UMK yang berkemahiran digital dalam bidang teknologi dan AI akan dilaksanakan,” katanya.

Tambah beliau, dengan menghadiri latihan ini, graduan berpeluang untuk memperolehi sijil Profesional Microsoft untuk memanfaatkan teknologi terkini seperti AI, Internet of Things, Cloud Computing, Big Data Analytics.

“Selain itu, para pelajar turut diajar dengan berfikiran inovasi dan mampu menyelesaikan masalah industri sebenar dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran graduan UMK.

“Ini membolehkan pembangun, pakar pengaturcara, dan bakat teknikal lain di kalangan wanita menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif,” katanya.

Menurut Dr. Hasyiya, dengan penganjuran program ini, bidang kurikulum akademik berasaskan teknologi dapat diperkemaskan dan hubungan universiti-industri-komuniti juga dapat diperkukuhkan.

“Program ini akan melahirkan lebih ramai graduan UMK berkemahiran digital sekaligus membantu merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat,” katanya.

WhatsApp Image 2021 11 15 at 8.12.20 AM 1

Web Traffic

2.png8.png2.png2.png5.png7.png
Today217
Yesterday391
This week608
This month4105
Total282257

Who Is Online

2
Online

2024-04-16

Search