GLOBAL

General

3,719 PELAJAR UMK KEMBALI KE KAMPUS

BACHOK 15 Oktober I Seramai 3,719 orang pelajar Semester September Sesi Akademik 2021/2022, kembali ke kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK), bermula hari ini sehingga 18 Oktober 2021.

WhatsApp Image 2021 11 15 at 5.57.59 AMTimbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Dr. Razli Che Razak, mengalu-alukan kehadiran semua pelajar kanan dan baharu yang akan memulakan sesi pengajian sesi semester ini secara hibrid.

Beliau berkata, kemasukan pelajar yang secara fizikal ke UMK melibatkan penginapan kolej kediaman dan luar kampus bagi ketiga-tiga kampus UMK.

"Pihak UMK akan menerima kemasukan pelajar secara berperingkat di ketiga-tiga kampus UMK iaitu UMK Bachok, UMK Kampus Jeli dan UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa.

"Setiap pelajar akan menjalani ujian kendiri COVID 19 dan sekiranya disahkan negatif mereka dibenarkan mendaftar di Kolej Kediaman.

"Proses saringan ini bagi memastikan pelajar adalah sihat dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum dibenarkan memasuki kolej kediaman atau ke penginapan luar kampus," katanya ketika meninjau proses kemasukan pelajar secara fizikal di, Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, Tangok, Kelantan, hari ini.

Tambah beliau, proses pendaftaran kemasukan pelajar pada hari ini berjalan lancar selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

"Pelajar yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 sahaja dibenarkan berada di kampus dan perlu menjalani ujian kendiri untuk memastikan mereka benar-benar sihat.

"Bilangan pelajar menduduki kolej kediaman tertakluk kepada kapasiti asrama yang telah ditetapkan oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni," katanya.

WhatsApp Image 2021 11 15 at 5.58.02 AM

Web Traffic

2.png8.png4.png2.png0.png5.png
Today168
Yesterday288
This week456
This month6053
Total284205

Who Is Online

2
Online

2024-04-23

Search