GLOBAL

General

ANUGERAH PELAJARAN DI RAJA BERI TUAH KEPADA GRADUAN FBKT PEROLEH JAWATAN PTD

BACHOK 30 November I Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itu ungkapan sesuai yang boleh digambarkan kepada Siti Hajar Zaid Amri, 24, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan), Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi (FBKT) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Beliau sama sekali tidak menyangka usahanya untuk membawa surat pengesahan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja sempena Istiadat Konvokesyen UMK Ke 10 dan 11, akhirnya membawa berkat apabila berjaya mendapat tawaran sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI).

Siti Hajar yang berasal dari Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, berkata sehari sebelum ditemuduga bagi jawatan itu beliau telah membawa surat pengesahan dari UMK yang mengesahkanya sebagai penerima anugerah tersebut.

“Sehari sebelum ditemuduga, pada Disember 2020 saya membawa surat pegesahan anugerah itu dan syukurlah selepas sebulan dari tempoh berkenaan saya berjaya melayakkan diri ke kadet PTD dan kini memperoleh jawatan PTD di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia,” katanya selepas Istiadat Konvokesyen UMK, di Dewan Tuanku Canselor (DTC) UMK Bachok, Tangok, Kelantan, pada 20 November lalu.

Anugerah Pelajaran Diraja itu disampaikan oleh Tuanku Canselor UMK, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.

Siti Hajar mendapat keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.89 selain berjaya memperolehi anugerah dekan hampir setiap semester.

Ibunya Mulpasiah Sulaiman, 58, merupakan seorang pesara guru dan ayahnya Zaid Amri Harun, 60 yang berniaga sendiri menjadi dorongan yang kuat untuknya berjaya sehingga ke menara gading.

“Memandangkan saya merupakan seorang anak tunggal, jadi saya bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat membalas jasa kedua ibubapa saya sekaligus membanggakan mereka.

“Dalam masa yang sama, sepanjang mengikuti pegajian di kampus juga hampir setiap semester iaitu sekitar enam bulan ibu dan ayah akan berulang alik dari Senawang ke Kelantan hanya semata-mata untuk memberi semangat serta melawat saya di Kampus Jeli,” katanya.

Berkongsi rahsia kejayaannya, anak tunggal itu berkata memberi fokus sepenuhnya didalam bilik kuliah membantunya untuk kekal memperoleh keputusan cemerlang dalam setiap semester.

“Selain itu, saya turut bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum selain turut mewakili UMK menyertai beberapa pertandingan sehingga ke Indonesia yang turut menyumbang kepada saya dinobatkan kepada anugerah ini,” katanya.

Web Traffic

1.png2.png4.png7.png3.png6.png
Today18
Yesterday232
This week1397
This month4975
Total124736

Who Is Online

1
Online

2022-08-20

Search