GLOBAL

General

UMK KOMITED BANTU KEBAJIKAN MAHASISWA

 

JELI 21 April 2022 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sentiasa mengutamakan kebajikan mahasiswa terutamanya golongan kurang berkemampuan termasuk golongan B40.


Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli bin Che Razak berkata, sepanjang tahun 2021 memperuntukan sebanyak RM10.7 Juta bantuan diberikan kepada pelajar UMK.


Beliau berkata, selain itu pelbagai inisiatif lain turut disumbangkan kepada pelajar yang diadakan sepanjang tahun.


"Bagi UMK, kebajikan mahasiswa adalah perkara yang sentiasa diutamakan kerana kami mahukan pelajar memfokuskan kepada pengajian tanpa perlu memikirkan isu-isu lain yang mampu mengganggu pelajar," katanya pada Majlis Berbuka Puasa Naib Canselor Bersama Warga UMK Kampus Jeli, di Dewan Utama UMK Kampus Jeli, hari ini.


Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran binti Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Pengarah Kampus Jeli, Prof. Dr. Aweng A/L Eh Rak dan Pengurusan Tertinggi Universiti.


Menurut Prof. Dr. Razli, dengan penganjuran majlis berbuka puasa seperti ini mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga universiti dengan para pelajar yang hadir pada hari ini.


Pada majlis itu, Prof. Dr. Razli turut menyerahkan bakul makanan dan sumbangan komputer riba kepada pelajar UMK Kampus Jeli.

Web Traffic

2.png8.png4.png6.png4.png4.png
Today326
Yesterday281
This week895
This month6492
Total284644

Who Is Online

3
Online

2024-04-24

Search