GLOBAL

General

4,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN KARNIVAL SEMARAK ILMU UMK

KOTA BHARU, 10 Mei 2023 I Lebih 4,000 pengunjung meriahkan Karnival Semarak Ilmu bertemakan Membudayakan Ilmu Sepanjang Hayat dalam tempoh lima hari berlangsung di Dewan Keusahawanan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan.

170523-03-04.jpg

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad berkata, karnival tiga hari anjuran Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI) UMK pada 7 Mei hingga 11 Mei 2023 memberi peluang kepada orang awam mendapatkan pelbagai koleksi buku-buku dan bahan bacaan di 32 reruai pemamer yang terdiri 12 Anggota Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia termasuk Penerbit Universiti, DBP dan MAIK , Penerbit Ternama Arus Perdana seperti Kata Pilar, Jejak Tarbiah, Biblio Press dan Iman Publishing.

170523-03-02.jpg

“Selain itu,terdapat 11 Kontraktor Buku serta beberapa penyedia teknologi perpustakaan yang mempamerkan kemudahan pendigitalan yang digunakan di PPI UMK.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan kerana terdapat juga pelbagai program-program menarik telah diatur sepanjang karnival berlangsung termasuk gerai-gerai jualan makanan dan Book Truck serta cabutan bertuah.

“Penganjuran program kali ini mengangkat peranan PPI UMK sebagai salah satu hub komuniti universiti dan antara pemain utama dalam aspirasi perdana gagasan Universiti untuk masyarakat (University for Society),” katanya pada majlis perasmian Karnival Semarak Ilmu, hari ini.

170523-03-05.jpg

Turut hadir, Ketua Pustakawan UMK, Encik Azman Bin Hashim,

Menurut Prof. Dr. Nik Maheran, melalui karnival ini secara signifikannya bahawa PPI UMK secara terbuka telah melaksanakan keterlibatan (Engagement) dengan semua pemegang taruh termasuk dengan menyantuni para pelanggan perkhidmatan PPI.

170523-03-06.jpg

Beliau berkata, tiga fungsi utama PPI UMK iaitu Perkhidmatan Maklumat Rujukan melalui Pustaka UMK, Pengurusan Rekoddan Arkib melalui Arkib UMK dan Pengurusan Penerbitan Buku Ilmiah melalui Penerbit UMK dengan penganjuran program Hari Terbuka (Open Day) PPI UMK yang dilaksanakan sepanjang minggu ini.

“Ini juga merupakan satu respons terhadap amanat oleh Menteri Pendidikan, YB Dato Seri Khaled Nordin pada ucapan perasmian beliau di Bengkel TWG RMK12 pada Februari lalu dengan memaklumkan bahawa kemudahan dan koleksi yang ada di perpustakaan universiti perlu dikongsikan dengan masyarakat secara inklusif bukan lagi eksklusif,” katanya.

170523-03-07.jpg

Pelbagai program menarik telah dirangka menerusi program ini antaranya Program Resensi Buku, Battle Reading and Rhythm, Bengkel Penulisan, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak dan Bengkel Asas Biblioterapi yang melibatkan penyertaan lebih daripada 450 peserta yang terdiri daripada Pelajar Pra Sekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah; Mahasiswa, Guru, Kaunselor dan Warder Penjara.

170523-03-08.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png4.png8.png2.png
Today394
Yesterday316
This week394
This month8330
Total286482

Who Is Online

4
Online

2024-04-29

Search