GLOBAL

General

UMK MARTABATKAN KEUNIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA DI PENTAS ANTARABANGSA

YUNNAN, 28 Mei 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui delegasi Creative Techno Park (CTP) berjaya mempromosikan keunikan kepelbagaian budaya Malaysia di peringkat antarabangsa menerusi program Sambutan Hari Raya yang berlangsung di Pavillion Malaysia di China, baru-baru ini.

010623-04-01.jpg

Program julung kali diadakan itu merupakan anjuran Kedutaan Besar Malaysia di China bersempena sambutan Aidilfitri 2023.

Persembahan Kebudayaan oleh CTP UMK dan pelajar Yunnan University itu berjaya menarik perhatian lebih 100 pengunjung termasuk kalangan pegawai tertinggi kerajaan di China, diplomat, para akademik dan penduduk tempatan yang menghadiri karnival tersebut.

010623-04-02.jpg

Menurut Pengarah CTP, Encik Mohd Aswawi Bin Isa berkata, program ini menonjolkan konsep interaktif dan pendidikan seperti persembahan kebudayaan oleh para pelajar dari Yunnan University yang belajar bahasa dan kebudayaan Malaysia di universiti tersebut.

“Para pelajar ini mempersembahkan tarian tradisional Malaysia dengan iringan muzik oleh CTP UMK. Para penari juga mengenakan pakaian tradisional Malaysia yang memukau para tamu undangan menerusi gerakan-gerakan pelbagai jenis muzik tradisional, seperti gamelan, gendang dan rebab.

010623-04-05.jpg

“Lebih istimewa, para tetamu juga dihidangkan dengan masakan Malaysia seperti nasi lemak, rendang, dan satay termasuk sajian minuman teh tarik dan sirup bandung yang sangat popular di Malaysia.

“Allhamdullilah, program ini berlangsung dengan lancar dan sukses, dan memberikan kesempatan bagi para tamu undangan untuk menikmati kepelbagaian budaya dan masakan tradisional,” katanya.

Turut hadir, Felo Bersekutu CTP, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal Bin Wan Ishak, Pensyarah FTKW, Puan Siti Nur Anis Binti Muhammad Apandi dan Puan Nurul Ahda Sulaiman.

010623-04-06.jpg

Sementara itu, Duta Besar Malaysia di China En. Faizal Shani, program pertama kali dianjurkan ini akan memperkuatkan hubungan antara Malaysia dan China.

“Program ini juga menjadi platform yang strategik untuk memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan China terutamanya dalam bidang kebudayaan dan diplomasi.

010623-04-08.jpg

“Kami berharap bahwa program-program seperti ini dapat dilaksnakan di masa hadapan untuk memperkuat hubungan antara negara-negara tersebut,” katanya.

010623-04-09.jpg

010623-04-10.jpg

010623-04-11.jpg

Web Traffic

2.png7.png7.png5.png8.png4.png
Today198
Yesterday403
This week1577
This month8475
Total277584

Who Is Online

2
Online

2024-03-29

Search