KEJAYAAN

Kejayaan

MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2020 MENYERLAHKAN KEWIBAWAAN UMK DENGAN MENANG BEST AWARD...

MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2020 MENYERLAHKAN KEWIBAWAAN UMK DENGAN MENANG BEST AWARD DAN KATEGORI UTAMA YANG LAIN

KUALA LUMPUR 23 Februari I Produk Inovasi bertajuk K- Biozyme System:Integrated Design Of Kenaf Processing And Recovery System oleh Pensyarah Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi (FBKT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr. Mardawani Mohamad terus melakar kecemerlangan apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Best Award sekaligus merangkul pingat emas bagi kategori Livestock and Horticulture, Aquaculture and Fisheries di Malaysia Technology Expo (MTE) 2020 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada 22 Februari 2020.

UMK telah menghantar sebanyak 15 penyertaan menerusi pelbagai kategori dan berjaya memenangi empat pingat emas, sembilan pingat perak dan dua pingat gangsa pada MTE 2020 yang telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 20 hingga 22 Februari 2020.

Turut merangkul pingat emas ialah produk penyelidikan Tea 4G – Herbal Remedy For Gout oleh Pensyarah Fakulti Sains Bumi (FSB), En. Zulhazman Hamzah, produk VSOL :Highly Sensitive Determination Pesticides In Fruits and Vegetable Using Sol-Gel Hybrid As Sorbent For Dispersive Solid Phase Extraction oleh Pensyarah Fakulti Industri dan Asas Tani (FIAT), Dr. Krishna Veni Vello dan produk Compact Recirculating Aquaculture System (RAS) for Rearing Freshwater Clam oleh Pensyarah FSB, Prof. Madya Dr. Aweng A/L Eh Rak.

Manakala sembilan pingat perak diraih menerusi produk OKU Stempreneur: Inclusion Entrepreneurship Education Model For Disable Students dan My Heropreneur STEM Ambassadors UMK oleh Pensyarah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Prof. Dr. Hjh. Raja Suzana Raja Kasim, produk Smart Network Performance Monitoring oleh staf Pusat Komputeran dan Informatik En. Faizum Ahmad, produk inovasi Gendang Kecapi Buluh 6 in 1 oleh Pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, En. Mohd Aswawi Isa dan produk Nano Scented 2 In 1 Insect Repellent oleh Ts. Dr. Suganthi Appalasamy.

Turut merangkul pingat perak ialah produk NSP Machine : Innovative Design Of Sublimation Printing Machine oleh Pensyarah FBKT, Dr. Mohammad Najmi Masri, Model Lestari – Pengurusan Rumah Burung Walet oleh Pensyarah FKP, Dr. Wan Khairy Wan Ibrahim, produk CCTO : Future Super Capacitor oleh Prof. Madya Dr. Ir. Julie Juliewatty Mohamed) dan HyPES : Hygienic Processing Of Etak Salai oleh Prof. Madya Dr. Aweng.

Pingat gangsa dimenangi oleh I - Falah (Successful) Academic Writing Platform oleh Pensyarah FKP, Dr. Mohd Zulkifli Muhammad dan produk CapriBos Hydraulic Press Machine oleh Pensyarah FIAT, Puan Nor Dini Rusli.

Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman berkata, secara keseluruhanya UMK telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan memperolehi empat pingat emas, sembilan pingat perak, dua gangsa dan anugerah The Best Award.

Katanya, berdasarkan keputusan sistem pemarkahan pada tahun ini para juri telah membuat penilaian berdasarkan kepada nilai potensi pasaran atau market potential produk yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidik.

“Alhamdulillah, secara keseluruhannya pasukan penyelidik UMK telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan memperolehi 100 peratus kutipan pingat melalui 15 penyertaan. Kemenangan memperolehi anugerah The Best Award merupakan satu bonus kepada UMK kerana kita melihat persaingan hebat daripada universiti swasta dan universiti luar Negara. Pencapaian ini menjadi pendorong serta motivasi kepada penyelidik dan warga UMK untuk terus mencatat kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang,” katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah MTE 2020 anjuran bersama Professional Trade Exhibition and Meeting Planners (PROTEMP) dan Universiti Teknologi Melaka (UTEM).

Menurut Prof. Ts. Dr. Ziad, beliau percaya projek penyelidikan dan inovasi yang diketengahkan pada MTE 2020 kini sedang menuju ke tahap pengkomersialan untuk membolehkan produk ini dikenali masyarakat, komuniti dan industri menerusi platform MTE.

“Secara umumnya, produk yang dihasilkan ini dapat dikongsi bersama industri dan masyarakat. Hasilnya produk inovasi ini telah mendapat perhatian industri yang telah menunjukkan minat untuk berkerjasama dengan UMK bagi membolehkan produk ini dapat dikomersialkan pada masa akan datang.

“Pada edisi MTE 2020, pihak RMIC merakamkan penghargaan khususnya kepada universiti terutamanya Prof. Dato’ Ts. Dr, Noor Azizi Ismail selaku Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah yang memberi sokongan dan suntikan semangat kepada semua penyelidik-penyelidik UMK,” katanya.

Sementara itu, Dr. Mardawani Mohamad berkata produk inovasi K-BioZyme System: Integrated Design of Kenaf Processing and Recovery System’ adalah sistem yang dibangunkan dengan kerjasama bersama Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dan Kenaf Adsorbent Sdn. Bhd.
Katanya, selain digunakan bagi tanaman kenaf, sistem bersepadu ini juga sesuai digunakan bagi pemprosesan dan recovery bagi tanaman yang lain seperti hemp, jute dan flex.

Katanya, sistem bersepadu ini dibangunkan bagi pemprosesan kenaf bast fiber dan juga sistem recovery bagi kenaf retted wastewater. Fungsi sistem ini dapat mengurangkan tempoh pemprosesan selain dapat menghasilkan fiber yang premium. Selain itu, kenaf retted wastewater juga diproses bagi sistem recovery.

“Sistem bersepadu ini terdapat di pusat pemprosesan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) yang menggunakan konsep in-situ processing dimana sistem ini dibangunkan menerusi pembahbaikan daripada sistem sebelum ini iaitu BioZyme Ultimate Debark Unit (B.U.D.U).

“Kenaf adalah tanaman jangka pendek yang boleh dituai dalam jangka masa 3 ke 4 bulan sahaja. Aplikasi produk kenaf adalah agak meluas dalam sektor pembinaan, automotif, heat insulator, sound proof dan hasil daripada sistem ini juga dapat digunakan dalam industri tekstil. Dijangkakan hasil produktiviti produk berasaskan kenaf akan meningkat tahun ini,” katanya.

Oleh : Pusat Komunikasi Korporat

best2

 

Web Traffic

0.png6.png1.png1.png9.png
Today139
Yesterday177
This week1313
This month1898
Total6119

Who Is Online

1
Online

2021-04-11

Search