KEJAYAAN

Kejayaan

UMK MULAKAN LANGKAH BERGAYA TAHUN 2020 MENANG ANUGERAH AKADEMIK DI INDIA

UMK MULAKAN LANGKAH BERGAYA TAHUN 2020 MENANG ANUGERAH AKADEMIK DI INDIA

10 Jan 2020 Kochi, India | Universiti Malaysia Kelantan terus mengungguli kecemerlangan dalam bidang keusahawanan di peringkat antarabangsa setelah memenangi tempat pertama bagi kategori 'Student-Driven Sustainability Project of the Year Award' yang dibentang oleh Prof. Madya Dr Wee Yu Ghee, Pengarah Pusat Antarabangsa UMK, melalui Projek 'Social Enterprise for Economic Development (SEED)', di Majlis Penganugerahan 2020 Asia-Pacific Triple E Awards on Entrepreneurship and Engagement Excellence in Higher Education  yang diadakan di Kochi Marriott Hotel, India pada 10 Januari 2020.
 
UMK turut memenenangi tempat ketiga bagi kategori 'Entrepreneurial Leader of the Year Award' yang dimenangi oleh Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Pengarah Kanan,  Institut Keusahawanan UMK. 
 
Penganugerahan tersebut telah disampaikan oleh Prof. Dr. Thorsten Kliewe, Pengerusi Accreditation Council For Entrepreneurial and Engaged Universities (ACEEU) yang merupakan penganjur utama Asia Pacific Triple E Awards 2020. Menurut Prof Dr Thorsten, pihak penganjur menerima melebihi 300 penyertaan daripada 50 lebih universiti di rantau Asia Pasifik untuk 12 kategori penganugerahan.
 
Antara 7 kategori penyertaan yang dihantar,  UMK melalui Institut Keusahawanan UMK (UMKEI), Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi telah tersenarai sebagai finalist bagi tiga kategori:  Entrepreneurial Leader of the Year Award yang diwakili oleh Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Student-Driven Sustainability Project of the Year Award yang diwakili oleh Prof. Madya Dr Wee Yu Ghee dan Entrepreneurship Educator of the Year Award yang diwakili oleh Ts. Dr. Muhammad Ashlyzan Razik
 
Bersempena Majlis Penganugerahan ACEEU Awards, turut diadakan ialah 3rd International Conference on Sunstainable Globalization bermula 9 hingga 13 Januari 2020. UMK yang diwakili oleh Prof Dr. Nik Maheran binti Nik Muhammad, telah menyampaikan pembentangan bertajuk Entrepreneurial Literacy and Entrepreneurship Education for Future Society: The Malaysian Perspective.
 
UMK berbangga dengan pencapaian di rantau Asia Pasifik khususnya dalam bidang keusahawanan dan ini memulakan titik permulaan yang merangsang bagi penerajuan ke peringkat global.

Web Traffic

2.png8.png2.png2.png2.png6.png
Today186
Yesterday391
This week577
This month4074
Total282226

Who Is Online

2
Online

2024-04-16

Search